Wednesday, August 10, 2011

Saya hanya makan sayur warna PINK


Warna memang memberi kesan dalam hidup seseorang. Saya rasa penting rasanya untuk ada warga kegemaran masing2. Ye la kan nanti time baru2 kenal dengan orang, boleh la buat topic perbualan “ehh you suke warna ape ek?”pastu bila dia dah jawap dia tanya kau balik kau ternganga sebab kau sendiri tak tau favourite colour kau ape..O.o”

Okay kenapa perlu tahu favourite colour? Benda ni semua memudahkan. I do believe there are still peoples who still dont have their own favourite colour. Macam bila orang tanya diorang just kata “ emm tah la..semua warna i suke.hitam putih kot.” Atau paling senang nak jawap warna pelangi sebab banyak.

Bagi saya bila dah ade favourite colour ni semua jadi senang. Nak cari baju pon tak payah susah2. Macam nak beli baju. Pergi masuk mana2 kedai terus aim favourite colour korang pastu dah angkat baju tu baru tengok design. Dengan cara ni korang boleh lebih cepat pilih baju sebab agak2 kedai tu tak ada favourite colour korang,korang boleh terus pergi tengok kedai lain. Tak gitu?

Then benda ni pon boleh jadi macam simbol untuk korang tau. Macam dulu saya minat gila warna pink. Habis penuh almari dengan baju warna pink je. Pastu zaman2 myspace dulu layout pon nak warna pink. So orang macam tak payah tanya pon tak pe dorang sendiri tau favourite colour saya. Pastu ada someone cakap “ehh you tau tak,bila i tengok pink je i teringat kat you” see...apa yang saya cuba nak cakap. Benda2 simple pon boleh jadi macam symbolic untuk kita.

Plus benda macam ni pon memudahkan orang. Macam bila orang nak beli something untuk kita ke. Bila dia tau je kita suka pink ha habis semua benda pink dia beli teddy bear pink,baju pink,almari pink. Sebab dah comfirm2 kita suka kan. Jap! kejadah bagi hadiah almari?haha~

Tak delah nanti jadi drama sebabak “ehh you ni pandai2 je buat suprise tak tanya i, i mana suka baju warna biru. You bagi la siapa2. I suka pink la..pink..pink faham tak?” ahaha..So better from sekarang korang set kan favourite colour korang pastu bagitau siapa2 yang berkenaan supaya tak terjadi nya drama sebabak. Btw kalau partner korang tu suka warna orange korang jangan la hadiah kan air sunquick kat dia ye..=D

Till then toodles~

Bisik2: Saya suka warna pink,merah and hijau.
oh xboleh..kena satu je ek?
ok la pink la =D

Saturday, March 12, 2011

HATI SI GADIS

Wahai hati.

Kadang kala pernah terdetik di hati gadis ini. Kenapa lah hati cuma ada satu?

Kadang2 gadis ini berharap supaya dapat dikurniakan banyak hati.

Supaya dapat menyayangi semua nya dengan adil. Tidak perlu memilih dan melukai .

Pada ketika gadis ini sudah mempunyai orang yang dia sayang.

Dan tiba2 si dia tersayang itu membuat satu kesilapan.

Muncul insan lain untuk membahagiakan gadis ini dan menyembuhkan yang terluka.

Senang betul hati ini berubah. Apabila yang tersayang ada kurang nya disitu. Insan yg lain melengkapi kekurangan itu dengan kelebihan yang dia ada.

Kedua2 nya sangat sempurna di mata gadis ini.

Si dia dapat menerima gadis ini seadanya. Baik buruk gadis ini. Semua nya tiada rahsia lagi bagi si dia itu. Dia lah insan yang sentiasa ada di susah dan senang gadis ini yang melayan si gadis ini ketika ingin bermanja,ingin mengadu dan semuanya.

Pada insan yang lain pula. Dia cukup mengambil berat terhadap gadis ini. Sentiasa menasihati atas perkara2 tertentu.Tahu melayan gadis ini dengan penuh romantis sehingga kan si gadis berasa seprti puteri raja apabila di samping nya. Dia tahu membuat kan si gadis berasa benar2 istimewa.

Tapi gadis ini masih runsing. Dia lebih rela terus hidup sendiri dari membuat apa2 pilihan kerana dia tidak mahu ada istilah kalah dan menang dalam diri kedua2 lelaki tersebut.

Gadis ini sanggup hidup sendiri mengorbankan rasa yang dia ada selagi tiada siapa yang merasa sedih atas penolakan si gadis. Si gadis cukup percaya pada jodoh. Kerana si gadis yakin. Jika macam mana berusaha sekalipun si gadis terhadap lelaki pujaan nya, jika tiada jodoh antara mereka.si gadis tetap akan terluka. Dan jika sejauh mana pun si gadis berlari,jika si dia adalah jodoh si gadis. Si gadis pasti akan bersama nya memeterai cinta dan membina masjid bersama si dia.

Ya..si gadis percaya pada jodoh. Insyaallah.

Pada si dia.maafkan si gadis. Si gadis tidak kuat untuk membuat apa2 pilihan kerana si gadis menganggap si dia tersangat lah baik. Si dia tidak layak untuk dilukai. Dan si gadis berharap supaya si dia dapat belajar menyayangi gadis lain. Kerana si gadis sedar si gadis bukan lah terbaik untuk si dia.

Sunday, February 13, 2011

TO ALL WHO TRY TO FIND LOVE

If you find yourself in love

With someone

And that someone does not love you

Be gentle to yourself

There is nothing wrong with you

Love just did not choose to rest in that someone’s heart


If you find someone

In love with you

And you cannot answer that love

Feel honoured that

Love came by and called on your door

But gently refuse the feeling you cannot return

As love did not choose to settle in your heart


If you find yourself in love with someone

And the love returned

It still can happen that love choose to leave

Do not try to reclaim it and do not assess any blame

Let it go

Despite the pain

There is a reason and meaning to this


You cannot choose love by yourself

LOVE CHOOSES YOU



Friday, December 17, 2010

NO!!WHY??NO!!!WHY???

Tidak!Kenapa semester ni sibuk sangat?Seriously banyak gila benda nak hadap.Sampaikan nak keluar dengan kawan2 pon x ada masa.every week pon ade assignment.Every subject pon ade homework.Hari2 pon ada kelas (owh bukan bermakna hari2 tu isnin sampai ahad tapi fikir logic tolong ye weekdays) Lect ni tak penat ke nak tanda2 kertas student nak hadap satu2.Buat susah dia je kan?Tidak!Kenapa sibuk sangat ni?Kenapa kenapa kenapa??

Tidak!Kenapa tengah2 bulan 12 ni orang lain tengah enjoy2 cuti student unisel lak tengah belajar?Kenapa?Yang paling tidak nya adalah fakta bahawa 2 minggu lagi saya bakal menamatkan zaman bujang say…err..Tak..Silap taip.Malas nak backspace..Ulang tayang semula.Yang paling tidak nya adalah fakta bahawa 2 minggu lagi umur saya bakal ada 2 di depan.Tidak!Ini bererti saya semakin tua.kenapa?

Macam tak percaya.tahun depan dah 20.Lepas tu tup tap tup tap(bukan bunyi kasut tapi bunyi mata pejam celik pejam celik) Umur dah 26 dah boleh kahwin.Haa gatal pulak cakap pasal kahwin..*giggle=P

Saya takut.Bila fikir balik apa yang bakal jadi dekat masa depan??Apa kerja saya??Macam mana hidup saya?Siapa suami saya??(again gatal)=P

Dan yang penting berjaya ke saya mengharungi segala onak dan cabaran(curi ayat samarinda) dalam hidup ni?Banyak betul persoalan..Semua nya coming soon bakal dijawap pada tahun 2040.(rasa2 umur 50 tahun dah boleh tahu dah berjaya ke tak hidup kot^^)

BOO TAK NAK TUA.. BOO UMUR 20 TAHUN..BOO….

P/S:thanks to kawan2 yang sudi mesej saya ajak saya keluar dinner or lunch bersama.harap maaf jika saya masih tidak dapat keluar bersama awak.saya cuba untuk mencari masa yang betul2 free untuk luangkan masa bersama awak.trust me I really do.Will wait for the days to meet u up my friends;D

Friday, November 12, 2010

SAYA BUKAN DARI PLANET NAMEK

Ramai orang yang bertanya saya ni asalnya dari mana?ada yang kata muka saya macam cina,korea...jepun...(err...okay fine terlebih suda..haha..)apa yang ingin saya katakan..saya langsung tak ada kena mengena dengan cina.darah ke keturunan ke.salah silah semua tak ada kena mengena dengan cina.jadi mana asal saya?saya asal dari perut ibu saya lah puan maimunah..(haha..okay jangan marah melawak bodoh boleh..hihi..)asal saya yang sebenarnya adalah dari tanah melayu a.k.a Malaysia..(okay tak lawak..boleh tepuk dahi kau sekarang sebab pembaca dah start annoying.O,o”)

Pernah dengar peranakan cina tak?okay apa bezanya peranakan cina dan cina?peranakan cina boleh dipanggil sebagai baba dan nyonya.saya berasal dari baba dan nyonya Melaka.bukan saya tetapi ibu saya..hehe.baba nyonya Melaka mengamalkan adat resam melayu,dan menggunakan bahasa hokkain sebagai bahasa utama.mereka hidup di perkampungan melayu jadi gaya hidup mereka lebih kepada melayu berbanding cina. Haha yang sengaja nak start boring macam karangan contoh UPSR ni kenapa..untuk maklumat lanjut boleh lah gunakan khidmat teman terbaik anda encik google.


Jadi saya rasa dari situlah saya dapat mata saya yang sepet ni.tapi tak berapa sepet sangat lah kan.hehe.sebab kalau ikutkan ini gambar akak saya.dia jauh lagi sepet dari saya.tak tengok bila dia tanggal tudung lagi dengan putih melepak nya sebijik macam cina.ingat lagi waktu kecik ayong kata saya anak angkat.yela mana tak nya saya sorang je yang sesat kulit gelap.sob..sob..tapi nak buat macam mana.saya ikut babah..oh ye saya rasa kan gambar babah time muda sebijik macam muka saya.tinggal muka saya potong rambut pendek .tapi babah saya tak jambu.Cuma muka saya ni yang muka jantan kot..bahahaXD

Selain daripada tu saya jugak ada keturunan banjar.bagi sesiapa yang tak tahu banjar tu apa.okay banjar tu dari Indonesia.macam jawa jugak lah.tapi saya tak adalah lah sampai pergi ke banjar.tak ada pon sedara mara kat sana.hehe.nenek belah perak iaitu emak kepada babah saya lah orang banjar.(paham x?)time kecik2 dulu nenek cakap laju gile.satu apa pon tak paham.nama je ada keturunan tapi saya langsung tak reti cakap banjar.ada jugak search2 kat facebook pasal banjar.eh ada jugak orang buat group.hehe boleh join ni^^ pastu tengok kat wall semua pakat cakap banjar.dah satu apa kau tak faham tercengang terus merajuk tak nak singgah page tu lagi=,=”

Oh ye satu perkataan banjar yang saya tahu “kulaan”.kulaan means saudara macam family..keluarga saya belah perak ni besar sangat.moyang saya bernama “HARMAINE” kahwin dengan 4 orang isteri.saya ni dari isteri yang ke-3.jadi saya dari moyang yang ke-3 la.time buat ala2 family day.masing2 pakai tag.isteri no1 kaler purple,no2 biru,3 pink dan 4 hijau.siap ada provide sticker kereta n motor lagi “KULAAN HARMAINE”.one day time pergi konvo ayong parking sebelah kereta Honda tiba2 terperasan ada sticker “kulaan harmaine” tunggu punya tunggu .sampai jugak orang nya..tapi tak kenal pon.haih.saudara tapi tak kenal.tu lah family besar sangat sampai kan budak umur 12 tahun kau kena panggil pak sedara..tok ngah kau sebaya ayah kau.macam mana???

Malay+banjar+peranakan cina=cici^^,


Monday, November 1, 2010

kadang2 pernah rasa "STUPID"


Siapa nak jadi bodoh angkat tangan?”...............”
Siapa nak jadi pandai angkat kaki?(ramai bersungguh2 angkat kaki)
Cuba kalau saya tanya korang suka angkat tangan ke kaki?
Comfirm2 korang nak angkat tangan je kan?

Kenapa?walau susah macam mana pon mesti orang akan pilih nak jadi pandai.
Anyway, berbalik kepada topik tadi..Takde topik pun sebenarnya..Anda tertipu.

Soalan saya:
pernah tak awak tiba2 rasa yang awak ni bodoh?

Ini bukan formspring ke hape yang korang nak kena tekan answer and jawap soalan pastu publish semua orang baca..BUKAN..orang lain tak tau pon korang penah rasa ke tak..but why don’t u ask yourself?pernah tak.

Okay fine if korang tak nak bagitau.
Biar i sorang je yang bagitau k?
Ye saya pernah rasa bodoh.
Bukan sekali bukan 2 kali tapi banyak kali..

Situation 1:
Bila kau misplace henfon kau n kau usaha bagai nak rak carik konon nak miskol n bila kau ingat balik....”oh shit nape la aku silent phone tu” macam mana nak cari sekarang???
Err...bodoh nya rasa..=,=”

Situation 2:
Bila kau macam menggelabah cari eh mana phone aku..alaa ilang pulak..tertinggal ke haa??rasa macam dah ambik tadi..pastu buat drama sebabak kecoh2 tanya kat kawan korang..paling annoying boleh ajak kawan kau lari2 anak kat tempat kejadian konon2 hilang n then....(telefon berbunyi)
Ehh dalam handbag..rasa macam dah cari tadi..bodo nye rasa=,=”

Situation 3:
Bila kau nak keluar jalan2 then kau dah siap letak barang yang kau nak bawak depan pintu konon takut lupa then kau dengan megah nya bawak kereta dan sampai tengah jalan..”errhhh barang aku tertinggal
Err..bodoh nya rasa..=,=”

Situation 4:
Bila kau dalam perjalanan balik kampung n kau lalu depan R&R tapi tak rasa nak nak ke toilet pon..then lepas terus kan perjalanan tak lama lepas tu perut kau meragam and kau kena pergi toilet dengan kadar yang segera..(dahh mana kau nak carik toilet tengah2 alam ni??)terpaksa tunggu lagi sejam sebab jalan jam n petrol palm yang terdekat pon jauh giler.
Err..bodoh nya rasa=,=”

Situation 5:
Bila kau konon2 esok kau free giler and nak duduk membulat kat rumah pastu kau pon berjaga malam sampai 7 pagi.(bajet nak tidur seharian la siang tu)then tiba2 mak kau ajak kau pergi shopping.(nak tidur sebab mata memang dah ngantok giler but if xpergi shopping xdapat nak pau mak kau..shopping tu...siapa tak nak)in the end terpaksa bersengkang mata waktu kau jalan2..
Err..bodonye rasa=,=”

Situation 6:
Bila kau tengah2 drive then tiba2 kau nampak jalan jam giler depan mata kau.and kau bajet pro nak ikut jalan lain konon short cut pastu kau sendiri sesat kemana2 tah dengan minyak yang cukup2 makan n smart tag yang sesak2 nafas..
Err..bodo nye rasa=,=”

Situation 7:
Bila kau dah bersiap2 paling wow la konon nye nak ke kelas pastu sampai2 kelas........kelas batal..
Err..bodo nye rasa=,=”

Situation 8:
Bila kau dah beriya tulis list panjang gila apa kau nak shopping then bila kau sampai mall list kau tertinggal.dah kalau otak cerdas selalu makan sayur takpe.ni otak sedang2 bak kata DR.M melayu mudah lupa.pastu kau macam usaha nak ingat tapi tak dapat.sia2 kau pergi mall tak ingat apa kau nak beli.
Err..bodo nye rasa=,=”

Situation 9:
Bila sekumpulan lelaki kacau2 kau yang tengah duduk sorang2.pastu kau konon2 nak elak bercakap dengan diorang kau pon dengan slumbernya keluar kan phone and konon2 bercakap dalam phone..pastu....(telefon berbunyi)”shitt..asal aku tak silent phone ni??”
Err..bodo nye rasa=,=”

Okay cukup la sampai 9..tak payah nak tunjuk kau bodoh sangat.ye memang tak baik kita kata diri ni bodoh.orang kata kalau selalu kata nanti bodoh betul2.tapi saya x kata saya bodoh ye.saya kata saya terasa bodoh.haha..ehh btw if korang pernah jugak rasa2 bodoh why don’t share it here bila yang korang rasa korang kurang bijak tu...hehehe..toodles;D

Saturday, October 9, 2010

RAIN OH RAIN

Okay ni bukan nak cerita pasal mamat korea yang hot ”nama saya rain” tu ye..iye..bukan yg berlakon full house tu(tu jela movie yg ko tau die belakon)

Tapi kan nak cerita pasal hujan..ye saya tahu yang tengah baca post ni mesti kata ”gile ape cakap pasal hujan mcm la aku xtau hujan tu mende
saya x cakap pon awak tak tahu dan saya tak la gila(emosi tiba2)



Tengah2 saya taip entri kali ni kan kat rumah saya tengah hujan.ye hujan yang sangat2 lebat.syukur xde bunyik guruh.saya takot guruh sikit.tapi kan teringat pulak waktu kecik2 ustaz ada pernah cerita kalau time guruh tu tanda nya allah swt tengah bunuh syaitan dia tembak2 syaitan sampai mati.tu yang x boleh duduk dalam toilet sebab setan suka menyorok dalam toilet..time hujan lebat jangan merayap2 time tu takut terkena tembak dengan petir..pastu ada lagi yang cakap time guruh jangan menjerit nanti bisu,pekak etc..haha macam2..

Tapi bila da besar macam ni fikir rasional nya yela..kan lebih baik buat benda berfaedah tengah2 hujan lebat guruh2 petih segala macam ni.macam baca al-quran tak pon selawat and berzikir ke..comfirm hati rasa tenang je takda takut2 da.(ni kes takot black out n takut jumpa benda2 yang tak patut)tak kesah la korang nak baca quran sebab apa asalkan korang masih ingat untuk cari and baca quran tu..(wah2 da macam ceramah agama da ni)

Berbalik pada keadaan sekarang..saya rasa bahagia sangat selepas 2791721027101 tahun tak hujan. (okay tipu =,=”)




Best nya!!benda yang selalu buat time hujan2 ni mesti mandi hujan..seronok sangat2 bila ingat time kecik2 dulu..tak sabar tunggu hujan mandi hujan ramai2 dengan kawan..pastu main bot kertas ingat lagi dulu jiran ada satu pokok yang daun dia macam bentuk sampan suka cabut2 pastu main lumba2 sampan siapa tenggelam dulu kalah..haa habis botak pokok pakcik tu and dia bising2 siapa cabut daun dia..sorang pon tak nak ngaku..tapi sebagai anak yang baik cici angkat tangan dan mengaku cici yang cabut(okay tipu..bahaha..jangan harap nak ngaku =P)

Tapi kan bila dah besar ni tak boleh dah nak mandi2 hujan apetah lagi nak menari dalam hujan.memang komfem kene aim kalau buat camtu ”gedik gila minah ni nak mandi hujan,tebiat ke hape,nak tarik perhatian la tu and so on"

Waaa rindu nya zaman budak2..nak jadi budak balik....nak nak nakkk~


p/s:isk isk…siap nampak macam hujan tu tengah lambai2 lagi panggil cici...=’(

Saturday, September 4, 2010

SOAL DAH JAWAP BERSAMA CICI

* Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab:
"Taklah tengah tunggu helikopter, lambat pulak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Nak pi mandi ke?"
Anda harus menjawab:
"Taklah nak pi main lelayang kejap, nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Anda harus menjawab:
"Oh ye ke? tak perasan ah...tangan ni bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Anda harus menjawab:
Dengan nada yg lembut " buta ke per? Kan tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya:
"Baru balik dari keje?"
Anda harus menjawab:
"Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh sibuk ke?"
Anda harus menjawab:
“eh taklah tengah free tu yang goyang kaki je dari tadi”

* Anda sedang menonton tv cerita melayu, rakan anda datang lalu bertanya:
"Eh cerita melayu ke?"
Anda harus menjawab:
"Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksasa dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar".


tak nak kena sepuk harap jangan gunakan bahasa ni dengan orang2 tua dan sewaktu dengan nya..sekian..;D

Thursday, August 19, 2010

NUKILAN HATI DARI SEORANG YANG DIGELAR SAHABAT

DULU..
Awak hadir dalam hidup saya sebagai seorang kawan..
Awak kata awak baru putus cinta..
Saya bagi kata2 semangat untuk awak teruskan hidup sebab saya sayangkan kawan2 saya..
Awak ajar saya tentang banyak benda yang saya tak tahu..
Awak ambil berat tentang saya dalam setiap benda..
Awak rajin telefon dan mesej saya tak kira masa..
Saya ingat lagi..
Dulu bila awak dah bersama dia semula..
Saya kurangkan jarak antara saya dan awak.
Sebab saya tak nak gf awak terasa hati dengan saya..
Tapi awak tetap juga rajin menghantar mesej dan telefon saya seperti dulu..
Awak tanya pada teman rapat saya “mana cici mghilang?nape lame x dgr pasal die?terasa hati kah dia?”
Tidak sama sekali..
Malah saya tumpang gembira awak bahagia.
Tapi bila awak hantar status “seperti hilang seorang teman dan sahabat”
Saya rasa saya tak perlu jauh kan diri dari awak..
Sebab awak masih lagi kawan saya seperti dulu..
Maka kita kawan seperti biasa..
Satu hari gf awak add saya.
Saya terima tanpa berfikir panjang..
Niat di hati mahu berkawan rapat juga dengan gf kawan saya supaya dapat elakkan salah faham yang akan timbul.
Tapi..
Satu hari awak hantar mesej pada saya..
Awak kata awak xdapat nak comment saya dekat wall atas sebab tertentu..dan awak kata awak harap saya xkan post apa2 dekat wall awak lagi..
Awak tak tahu betapa luluh hati saya ketika itu..
Apa salah saya?
Tidak sempurnakah saya sebagai seorang sahabat?
Saya tahu gf awak mesti tak mahu kita berkawan lagi.
Tidak terniat di hati nak mengambil awak dari dia..
Dari perkenalan sampai lah sekarang hanya kawan yang bermain dalam fikiran saya.
Saya terlalu sayangkan awak kerana awak memang kawan yang baik.
Tanyalah mana2 kawan saya.
Mana lebih saya pentingkan kawan atau boyfriend..
Tanyalah juga ex boyfriend saya sebelum ini macam mana saya orang nya.
Jika saya rasa kawan saya kawan yang baik maka saya tak perlu mendengar kata2 si dia supaya berhenti berkawan dengan nya..
Saya tahu batas seorang kawan..
Bukan mahu menyuruh awak tidak mendengar kata gf awak..
Tapi apa salah saya?
Selalu sahaja lalui benda seperti ini..
Salahkan lelaki dan perempuan berkawan?
Sedar tak bila single berderet kawan lelaki memenuhi wall..
Bila tukar in a relationship terus berapa kerat sahaja yang singgah di wall..
Jadi apa erti kawan pada kalian wahai kaum adam?
Tidak pernah saya lupakan kawan apabila sudah mempunyai kekasih hati.
Tidak pernah sekali2..
Tapi awak..
Dulu bila saya jauhkan diri kerana saya sedar awak mungkin macam lelaki lain yang lepas ada gf terus tak boleh berkawan..
Tapi bila awak terus menerus tanya mana saya menghilang..
Serba salah saya rasakan.
Lalu mengambil keputusan untuk terus semula berkawan dengan awak..
Dan kini awak pula yang memilih untuk menambah kan jarak dalam persahabatan kita..
Awak langsung tak ubah dengan lelaki2 yang saya pernah kenal.
Saya hanya perlukan awak sebagai kawan..
Dan jika coretan saya membuat sesiapa terasa..
Maafkan saya..
Hanya luahan dari hati untuk tatapan seseorang yang pernah bergelar “SAHABAT”


p/s:If you're going to make me cry, at least be there to wipe away the tears...

Saturday, August 14, 2010

I NEED YOUR FULLY ATTENTION


bladihell sumpah annoying gila babeng kan kalau kita dapat email subject macam ini. PASTU TERKEJUT BERUK(bukan terkejut bersama beruk=,=)TERUS BAGI ATTENTION SEPENUHNYA, INGAT DIA NAK BAGI DEATH NOTE KE HAPE=,=

Pada siapa2 yang pernah tengok cerita tentang anak kucing xada telinga berwarna biru.pasti anda tahu siapa yang saya maksudkan.ye betul..DORAEMON..7 markah untuk anda..(iye tapi kenapa perlu 7?sebab saya sangat suka no 7.kalau boleh saya nak buat exam kat dunia ni semua per 70 xpayah sampai 100..okay skrg semua boleh start panggil saya gila..=,=)

saya bukan nak cerita pasal nombor kegemaran saya.bukan juga tentang cara2 meng’sign up’ email.dan jauh sekali asal usul doraemon.anda boleh minta pak cik google meng’google’kan untuk anda.
Tetapi saya ingin cerita semua nya tentang kalau lah.
Tahu tak kalau lah?if..if n only if..

Kalau lah saya ada alat doraemon..xbanyak.tiga je..tiga sahaja..



Kalau lah saya ada pintu suka hati..saya nak pergi kemana pon saya suka.bayang kan kau bangun2 siap untuk ke kelas hanya perlu buka pintu dan terus sampai ke kelas.okay hari ini nak pergi paris..fiuuu~(bunyi sound effect terbang)terus sampai paris.cakap je mana kau nak pergi semua nya free of charge.xpayah bazir minyak,tol,masa.best gila kan??
Teruja weyh ada pintu pink ni.hohoho^o^

Kalau lah saya ada cermin pendua.pernah dengar tak?macam kau letak satu objek depan cermin pastu cermin tu akan keluar kan objek yang serupa dengan tu.haa ni boleh buat duit tu.macam kau beli satu beg LV.pastu kau duplicate banyak2 then jual.gila kaya kan?




Kalau lah saya ada mesin masa.saya boleh perbetulkan segala kesilapan saya dimasa lampau.saya boleh elak kan perkara2 buruk berlaku bukan sahaja pada saya dan insyaallah pada org lain(haa kau cakap insyaallah macam betul2 boleh dapat mesin masa ni)hehe;D
Tapi betul best.ada masa kita rindu kan masa yang lalu kita cuma perlu kembali ke masa yang lampau la.pastu baca paper apa yang terjadi hari ni.kita patah balik then tolong apa yang patut macam elak accident ke rompakan bank ke.serta merta jadi hero atau paling busuk kau akan di cop sebagai nenek tukang tilik yang boleh menilik masa depan..err=,=

Banyak kan benda2 best doraemon ada.kan best kalau betul2 wujud.saya nak 3 barang ni je.cukup la bawak bekalan dunia ni.

KALAU LAH KAN??