Friday, July 2, 2010

MALAYSIA DILANDA PENYAKIT YANG SERIUS!!!

Okay dah boleh longgar2 kan urat2 dikepala akibat kekerutan didahi anda yang datang dari tajuk entri saya(kerut dahi pon urat boleh tegang ke?? =,= )

Tapi ya.Memang Malaysia telah dilanda penyakit yang sangat serius.Bukan Malaysia sahaja.Bahkan seluruh dunia tengah demam bola sekarang.Dengan saya2 juga dah berjangkit yang entah dari siapa pembawa virus ini.Telah dengan tak semena2 minat bola yang amat sangat.Sentiasa mengikuti perkembangan bola baik dari surat khabar atau pon television.Sangat eksaited okay.

Kawan2 sudah pandai menegur “amboi ci kemain lagi skrg tau je psl bola”,”ci match ape ari ni?””ci,pemain german ada yang ensem2 x?”ahaha.Ye pasti lah.hehe.Harus diakui bukan skill yang dipandang oleh gadis yang menaip entri ini tapi rupa paras menjadi semangat untuk dia menyokong pasukan.ahaha.Okay tipu.Tak lah rupa semata.Saya masih lagi minat dengan corak perlawanan mereka.Cuma kadang2(tipu..selalu) bila camera zoom pada muka player comel+hensem+tough+style(okay enough cici) dengan automatic akan cakap “hensemmmmmnyeeeerrr”..ehehe(gelak malu).Lagi2 apabila pihak lawan ada player lagi hensem.Tiba2 hati memberontak(ecehceh tiba2 memberontak bagai) berbelah bahagi mahu sokong yang mana.hehe.

Dek kerana keterujaan untuk menonton bola maka tidak mengapa, marilah kita menempek bedak asas berbentuk cecair serta tepung gomak serta yeah you know what I mean serta pergi ke bistro (ceh bistro.. haha okay fine, mamak stall).


Portugal:Xsuka terkeluar.Jika gadis lain sibuk memuja2 RONALDO.Saya pulak memuja MIGUEL VELOSO.Walaupun xmain tapi dia hensem.Ronaldo pon kalah(okay nampak sangat kau tengok muka dari skill)ahaha..Tapi saat Portugal menang 7-0 tu memang terbaik.Tak boleh lupa =’)

England:Xkesah terkeluar.Kerana dari awal saya dah agak.England agak lemau kali ini.Entah mengapa.Mungkin kerana jurulatih nya tidak mahu tukar corak permainan walaupun sudah didesak oleh pemain2 nya atau kerana pemberontakan pemain untuk tukar pemain tidak dilayan oleh pengurus mereka maka mereka melaksanakan mogok.Jadi saya memang dah agak England takkan pergi jauh(haha ingat ahli nujum ke apa)

Japan:Xsokong pada mula nya tapi bila fikirkan satu2 nya wakil asia jadi harus sokong.Bermain hebat masih kekal kan 0-0 pada minit ke 90.Walaupun di beri tambahan masa masih lagi berakhir dengan 0-0.Dikalahkan oleh penalty yang disia2kan oleh Kamano.(tah kemano mano eh ekau tendang tu jang oi)Kekecewaan saya terbayang disitu.Suka apabila melihat Honda dengan slumbernya menendang bola dan wajah yang relax selepas berjaya menjaringkan goal penalty.Tetapi tetap jua kalah dengan 5-3 mata penalty.

Brazil:Owhh ini saya sangat teruja anda keluar.Harus berbangga dengan diri kerana rupa paras Kaka tidak mengganggu hati saya untuk menyokong Brazil.Saya tetap sokong Oranje..(sampai bergaduh2 dengan meja sebelah and anak tokey kedai)yang meja sebelah kata Holland punya player main busuk.Maka apabila player brazil terkena card merah dengan serta merta saya membalas :”busuk nya main sampai boleh kena kad merah,hehe”.bergaduh pula dengan anak tokey kedai yang sibuk menyokong brazil.everytime saya jerit “yes,yes” dia sibuk jerit “jangan,jangan”.Saya kata “goal,goal” dia kata “tak,tak”.Dah menang ni sorak sakan saya.Dengan bangga nya jalan mendada keluar dari kedai..ahaha

Netherlands:Sangat teruja menang tahu tak?Tahu tak?haa..Sebab saya memang mahu Brazil terkeluar.Kerana apa?Kerana terlalu ramai yang sokong Brazil and expect Brazil boleh menang.Okay maka saya ingin buktikan yang skuad Oranje boleh kalahkan Brazil.<3


Spain:Saya tidak harap si espana ni menang walaupon pada awalnya saya sokong Spain tetapi apabila dia berjaya menundukkan Portugal saya maka saya benci anda okay?Tidak terlalu benci kerana ada nya si comel VILLA di dalam pasukan Spain tapi tetap juga harap anda cepat2 terkeluar dan selamat maju jaya pulang ke negara anda..Sekian terima kasih..=)




German:Haa..Ini saya suka..Sangat2 okay?Anak2 ikan saya banyak disini.. Toni KROOS,Serdar TASCI,Philipp LAHM.Sila google it mereka.Muka sangat lah..Panas..hehe saya sayang LAHM saya walaupun beliau kecik molek tetapi beliau tetap lagi tinggi dari saya.Maka masih boleh dijadikan calon suami ya.(hehe gatai)

Argentina:apa dia??"argreatina"??ahaha.yes.ini saya sangat suka.sebab anak2 ikan saya dah berjaya bikin malu pada MARADONA.serve u right pacik DIEGO..ahaha..2 la dulu kemain lagi cakap MUELLER macam pemungut bola la.lepas tu time sidang media beriya2 xnak duduk sebelah MUELLER konon nanti jatuh taraf la boleh pulak tunggu sampai MUELLER balik baru nak join conference.jadi sekarang saya nak jerit kuat2 dekat muka anda "PADAN MUKA!!HOHOHO"(paham ke beliau kalau saya cakap melayu??err..T_T).tu la jangan suka cakap besar.lagi satu kalau dah kalah terima dengan hati terbuka, macam saya terima kekalahan portugal.spain deserve it.(baik kan saya cakap baik cepat..huhu)tengok si MUELLER yang anda kata pemungut bola tu la yang awal2 lagi minit ke 3 da buat awak x senang duduk kan wahai DIEGO?player argentina memang saya suka tapi sebab kan kata2 anda wahai DIEGO MARADONA maka saya tersangat2 lah anti argentina.maapkan kekasaran bahasa saya ye^o^(okay sekarang kira berapa banyak nama MUELLER..err..T_T)


p/s:okay saya taip panjang2 merapu raban ni ada orang baca ke??err (-,-“)