Ramai orang yang bertanya saya ni asalnya dari mana?ada yang kata muka saya macam cina,korea...jepun...(err...okay fine terlebih suda..haha..)apa yang ingin saya katakan..saya langsung tak ada kena mengena dengan cina.darah ke keturunan ke.salah silah semua tak ada kena mengena dengan cina.jadi mana asal saya?saya asal dari perut ibu saya lah puan maimunah..(haha..okay jangan marah melawak bodoh boleh..hihi..)asal saya yang sebenarnya adalah dari tanah melayu a.k.a Malaysia..(okay tak lawak..boleh tepuk dahi kau sekarang sebab pembaca dah start annoying.O,o”)
Pernah dengar peranakan cina tak?okay apa bezanya peranakan cina dan cina?peranakan cina boleh dipanggil sebagai baba dan nyonya.saya berasal dari baba dan nyonya Melaka.bukan saya tetapi ibu saya..hehe.baba nyonya Melaka mengamalkan adat resam melayu,dan menggunakan bahasa hokkain sebagai bahasa utama.mereka hidup di perkampungan melayu jadi gaya hidup mereka lebih kepada melayu berbanding cina. Haha yang sengaja nak start boring macam karangan contoh UPSR ni kenapa..untuk maklumat lanjut boleh lah gunakan khidmat teman terbaik anda encik google.
Selain daripada tu saya jugak ada keturunan banjar.bagi sesiapa yang tak tahu banjar tu apa.okay banjar tu dari Indonesia.macam jawa jugak lah.tapi saya tak adalah lah sampai pergi ke banjar.tak ada pon sedara mara kat sana.hehe.nenek belah perak iaitu emak kepada babah saya lah orang banjar.(paham x?)time kecik2 dulu nenek cakap laju gile.satu apa pon tak paham.nama je ada keturunan tapi saya langsung tak reti cakap banjar.ada jugak search2 kat facebook pasal banjar.eh ada jugak orang buat group.hehe boleh join ni^^ pastu tengok kat wall semua pakat cakap banjar.dah satu apa kau tak faham tercengang terus merajuk tak nak singgah page tu lagi=,=”
Oh ye satu perkataan banjar yang saya tahu “kulaan”.kulaan means saudara macam family..keluarga saya belah perak ni besar sangat.moyang saya bernama “HARMAINE” kahwin dengan 4 orang isteri.saya ni dari isteri yang ke-3.jadi saya dari moyang yang ke-3 la.time buat ala2 family day.masing2 pakai tag.isteri no1 kaler purple,no2 biru,3 pink dan 4 hijau.siap ada provide sticker kereta n motor lagi “KULAAN HARMAINE”.one day time pergi konvo ayong parking sebelah kereta Honda tiba2 terperasan ada sticker “kulaan harmaine” tunggu punya tunggu .sampai jugak orang nya..tapi tak kenal pon.haih.saudara tapi tak kenal.tu lah family besar sangat sampai kan budak umur 12 tahun kau kena panggil pak sedara..tok ngah kau sebaya ayah kau.macam mana???