Tuesday, August 23, 2011

DONT FALL IN LOVE IF U’RE NOT READY FOR THE PAIN


Sometime kita tak boleh nak elakkan diri dari berkata hidup ini kadangkala tidak adil.. Terdetik di hati kenapa dunia ni kejam sangat.. Kenapa saya perlu lalui semua ini??

But you know what.. Tuhan itu maha adil.. Dia sayangkan hamba nya sebabkan tu hamba nya tak henti2 di uji sebab tuhan nak tengok sejauh mana hamba nya itu taat padanya.. Kita je yang tak sedar2. Tak reti nak muhasabah diri. Sometime it’s all about karma baby.. And wheel of fortune of course. Kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah.. It’s rule of living. And bila kita buat baik kat orang kita akan dapat ganjaran nya but if kita buat jahat dekat orang nak ambik kau penumbuk satu(ehh jangan ganas sangat)..of courselah kan one day orang akan buat jahat kat kita balik. Plus, SHIT HAPPEN, so deal with it~

Okay pernah tak korang fall in love dengan siapa2 dan orang tu tak boleh terima korang? Dan pernah tak orang suka korang tapi korang tolak perasaan orang tu pasal korang tak leh terima orang tu? Actually kan situation ni sama je.

CONTOH SITUASI(semangat bagi situasi):
A suka kat B. B suka kat C. So B tolak cinta A. Tapi C suka kat D. So C tolak cinta B. Anggap la korang tu B. Korang tolak cinta A,so korang macam bengang dengan A sebab A maki2 korang sebab tolak cinta dia. At the same time korang maki C sebab tolak cinta korang. Korang faham tak? Yang korang ni tak ubah macam ketam ajar anak berjalan. Cakap orang tapi sendiri tak betul. So deal with it lah kan.

Jahat ke bila kita tolak cinta orang? Habis tu kalau 5 orang datang tagih cinta kau tak kan kau nak terima lima orang tu? Nak tak nak kena la menolak. Tapi dengan syarat jangan la memaki ke. Cakap elok2 elakkan bahasa kesat. Kalau takut orang tu ngamok ke buat bukan2 tak yah cakap dalam phone or jumpa pon tak apa. Apa guna SMS??

Sometime people come into your life just to teach you how to let go.. Tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Semua pernah buat silap. Dan kita tak kan mampu jaga hati semua orang. Okay let say saya bagi lagi satu situation. Kita kenal laki tu dari umur kita 18tahun. Then dalam masa 7 tahun kita kawan tu macam2 orang yang lagi better kita jumpa. Yang obviously boleh dijadikan calon suami or isteri. Time tu pon umur kita dah 25 dah boleh kahwin pon. Jadi tak kan kita nak stay dengan orang yang sama sampai bila2 yang tak nampak masa depan nya dengan kita. Lain case nya if suka sama suka. Bagus la hubungan tu mampu bertahan. Tapi bagi kes yang tepuk sebelah tangan macam mana?maybe its sound cruel. But truth is always as ugly as it is. Tak kan semata2 nak jaga hati dia hati kita sendiri tak terjaga? Sometimes it's better push someone away to shield yourself from the pain they cause.Jahat ke kita menolak hati orang tu untuk future person yang berkemungkinan besar adalah jodoh kita sebenarnya?


Once a guy who recently had a breakoff with her girlfriend was asked………..
Have u left your girlfriend or she left you???he smiled and answered .........
LOVE LEFT US !!!!

Ye..cinta yang meninggalkan hubungan mereka..bukan cik boyfriend atau cik girlfriend.Saya sendiri pernah ditolak dan menolak. Saya tahu perasaan berada di dua2 tempat..so much pain. But life must move on kan. Fate controls who walks into your life, but you decide who you let walk out, who you let stay, and who you refuse to let go. Sometimes God brings a person to us just for us to grow as a person. Some people are lessons, others are blessings. Jadi terima semua nya dengan redha. Kuatkan semangat. Mencintai tak semesti nya memiliki.

Sedikit kata2 semangat:
Dont tie your heart to a person who has nothing to offer you.. Let it go.. It might hurt for a while but when u get over it.. You'll see it better.. Everyone that mistreated you and walked out of your life only made room for new ones just waiting to walk in and treat you right.

Ye.. Ini yang menguatkan saya untuk melalui hari2 yang mendatang..=’)
Tuhan je tahu apa yang terbuku di hati. Maafkan saya kerana melukakan dan saya maafkan anda kerana melukakan. Jodoh allah adalah benar. Kita hanya perlu menunggu untuk masa yang sesuai..

bisik2: Isn’t it ironic?? We ignore the ones who adore us.. Adore the ones who ignore us.. Love the ones who hurt us & hurt the ones that love us..

Tuesday, August 16, 2011

Semua Nak Cantik

Sesungguhnya cantik dan perempuan memang tak dapat dipisahkan.. Sangat lah tak sesuai apabila cantik dikaitkan dengan rupa paras seorang lelaki.it feels awkward when people say to a guy “u look pretty ”tapi untuk perempuan. Nak dapat kan gelaran dan pujian cantik dengan ikhlas memang agak susah.memang tak berapa susah untuk yang sudah sedia kala cantik. Dilahirkan dengan kulit putih mulus. Tetapi agak sukar untuk yang dilahirkan kurang cantik. Mereka harus berusaha untuk kekal cantik. Dan sesetengah orang jika paras nya cantik,tetapi sikapnya tidak berapa sedap dipandang,tetap jugak tidak nampak cantik.
Contoh nya lah,bagi pendapat saya. Jika seseorang itu cantik,tidak mempunyai ilmu yang cukup seperti selalu mendapat keputusan yang corot dalam exam,jadi cantik tu tak berapa nampak di mata orang. Atau pun apabila seseorang itu cantik tapi kurang budi bahasa nya.”cantik tapi kurang ajar
Jadi orang tak kan nampak cantik dari segi situ. Dari segi adab,orang akan mula perasan kecantikan seseorang itu.”budak tu baik,cantik pulak tu”.its all about attitude baby =P
Saya sendiri dulu pernah berangan untuk menjadi cantik dimata orang. Siapa yang tak teringin nak jadi cantik? Tanya lah mana2 perempuan pun. Semua pun nak kelihatan cantik. Bukan saja di mata lelaki,malah di mata perempuan lain jugak. Jangan fikir bukan2. Perempuan ingin menjadi cantik dimata perempuan adalah kerana mahu dicemburui atau dikagumi. Ingin berasa diperhatikan dan diidamkan oleh kaum adam. Kadang2 kita cemburu melihat perempuan yang cantik,cemburu dari segi positif.KITA NAK JADI MACAM DIA. Percayalah. Kita tak kan cemburu dengan seseorang itu kalau kita tak nak jadi macam dia dan tak dapat jadi macam dia.
Saya ingat lagi zaman sekolah dulu. Saya sangat lah selekeh. Orang lalu sebelah pon tak de yang sudi pandang. Saya ni cuma dianggap budak perempuan yang selekeh,buruk tak ubah macam ugly duckling. Pernah dengar tak tentang kisah seekor anak itik hitam yang akhirnya berubah menjadi angsa yang cantik. Tidak lah saya kata kan saya ni cantik sekarang. Tapi Alhamdulillah. Ada juga yang sudi memandang dan memuji. Nak dibandingkan saya yang dulu dan sekarang memang jauh beza.
Kecantikan perempuan sangat subjective. Bagi yang bertudung,mungkin dilihat dari fesyen nya bertudung,cara die menutup aurat dengan sempurna. Freehair macam saya kena lah rajin jaga rambut. Agak2 rambut rosak tu pergilah treatment. Hias kan dengan hairband,hairclips.
Untung nya jadi lelaki. Tak payah utamakan benda2 yang remeh sangat. Kadang2 ada yang shampoo je tanpa conditioner. Alasan tak nak rambut lembut. Haih macam tu pon ada. Ada yang shampoo seminggu sekali pon ada. Itulah untung nya jadi lelaki.
Perempuan kena jaga from head to toe. Macam perempuan kena rajin rias kuku. Lelaki?nak rias apa nya pon. Tapi untung juga jadi perempuan. Fikir dari segi positif,kalau muka tiba2 tumbuh jerawat,ada parut. Apa guna nya makeup kalau bukan untuk menutup semua cela tu? Tepek je bedak. Semua nya dah cover. Mission accomplish.
Lelaki nak tepek bedak banyak2 orang tengok semacam pulak kan. Untung nya jadi perempuan. Bibir gelap boleh pakai lipstick. Macam2 kaler ade. Tapi lelaki? boleh pakai lipbalm je nak lembabkan bibir. Itu pon kalau yang ada color sikit comfirm orang tegur “ko pakai lipstick ek?
So bagi saya cantik ni sangat subjective. You should learn to love yourself before you want others to love you and be confident. Sebab sekurang2nya kita sebagai hamba sentiasa nampak cantik di mata allah swt...
Till then toodles~




Bisik2: Rasa nya inner beauty lagi penting sebab tu yang kekal selamanya kan?:D

Wednesday, August 10, 2011

Saya hanya makan sayur warna PINK


Warna memang memberi kesan dalam hidup seseorang. Saya rasa penting rasanya untuk ada warga kegemaran masing2. Ye la kan nanti time baru2 kenal dengan orang, boleh la buat topic perbualan “ehh you suke warna ape ek?”pastu bila dia dah jawap dia tanya kau balik kau ternganga sebab kau sendiri tak tau favourite colour kau ape..O.o”

Okay kenapa perlu tahu favourite colour? Benda ni semua memudahkan. I do believe there are still peoples who still dont have their own favourite colour. Macam bila orang tanya diorang just kata “ emm tah la..semua warna i suke.hitam putih kot.” Atau paling senang nak jawap warna pelangi sebab banyak.

Bagi saya bila dah ade favourite colour ni semua jadi senang. Nak cari baju pon tak payah susah2. Macam nak beli baju. Pergi masuk mana2 kedai terus aim favourite colour korang pastu dah angkat baju tu baru tengok design. Dengan cara ni korang boleh lebih cepat pilih baju sebab agak2 kedai tu tak ada favourite colour korang,korang boleh terus pergi tengok kedai lain. Tak gitu?

Then benda ni pon boleh jadi macam simbol untuk korang tau. Macam dulu saya minat gila warna pink. Habis penuh almari dengan baju warna pink je. Pastu zaman2 myspace dulu layout pon nak warna pink. So orang macam tak payah tanya pon tak pe dorang sendiri tau favourite colour saya. Pastu ada someone cakap “ehh you tau tak,bila i tengok pink je i teringat kat you” see...apa yang saya cuba nak cakap. Benda2 simple pon boleh jadi macam symbolic untuk kita.

Plus benda macam ni pon memudahkan orang. Macam bila orang nak beli something untuk kita ke. Bila dia tau je kita suka pink ha habis semua benda pink dia beli teddy bear pink,baju pink,almari pink. Sebab dah comfirm2 kita suka kan. Jap! kejadah bagi hadiah almari?haha~

Tak delah nanti jadi drama sebabak “ehh you ni pandai2 je buat suprise tak tanya i, i mana suka baju warna biru. You bagi la siapa2. I suka pink la..pink..pink faham tak?” ahaha..So better from sekarang korang set kan favourite colour korang pastu bagitau siapa2 yang berkenaan supaya tak terjadi nya drama sebabak. Btw kalau partner korang tu suka warna orange korang jangan la hadiah kan air sunquick kat dia ye..=D

Till then toodles~

Bisik2: Saya suka warna pink,merah and hijau.
oh xboleh..kena satu je ek?
ok la pink la =D

Saturday, March 12, 2011

HATI SI GADIS

Wahai hati.

Kadang kala pernah terdetik di hati gadis ini. Kenapa lah hati cuma ada satu?

Kadang2 gadis ini berharap supaya dapat dikurniakan banyak hati.

Supaya dapat menyayangi semua nya dengan adil. Tidak perlu memilih dan melukai .

Pada ketika gadis ini sudah mempunyai orang yang dia sayang.

Dan tiba2 si dia tersayang itu membuat satu kesilapan.

Muncul insan lain untuk membahagiakan gadis ini dan menyembuhkan yang terluka.

Senang betul hati ini berubah. Apabila yang tersayang ada kurang nya disitu. Insan yg lain melengkapi kekurangan itu dengan kelebihan yang dia ada.

Kedua2 nya sangat sempurna di mata gadis ini.

Si dia dapat menerima gadis ini seadanya. Baik buruk gadis ini. Semua nya tiada rahsia lagi bagi si dia itu. Dia lah insan yang sentiasa ada di susah dan senang gadis ini yang melayan si gadis ini ketika ingin bermanja,ingin mengadu dan semuanya.

Pada insan yang lain pula. Dia cukup mengambil berat terhadap gadis ini. Sentiasa menasihati atas perkara2 tertentu.Tahu melayan gadis ini dengan penuh romantis sehingga kan si gadis berasa seprti puteri raja apabila di samping nya. Dia tahu membuat kan si gadis berasa benar2 istimewa.

Tapi gadis ini masih runsing. Dia lebih rela terus hidup sendiri dari membuat apa2 pilihan kerana dia tidak mahu ada istilah kalah dan menang dalam diri kedua2 lelaki tersebut.

Gadis ini sanggup hidup sendiri mengorbankan rasa yang dia ada selagi tiada siapa yang merasa sedih atas penolakan si gadis. Si gadis cukup percaya pada jodoh. Kerana si gadis yakin. Jika macam mana berusaha sekalipun si gadis terhadap lelaki pujaan nya, jika tiada jodoh antara mereka.si gadis tetap akan terluka. Dan jika sejauh mana pun si gadis berlari,jika si dia adalah jodoh si gadis. Si gadis pasti akan bersama nya memeterai cinta dan membina masjid bersama si dia.

Ya..si gadis percaya pada jodoh. Insyaallah.

Pada si dia.maafkan si gadis. Si gadis tidak kuat untuk membuat apa2 pilihan kerana si gadis menganggap si dia tersangat lah baik. Si dia tidak layak untuk dilukai. Dan si gadis berharap supaya si dia dapat belajar menyayangi gadis lain. Kerana si gadis sedar si gadis bukan lah terbaik untuk si dia.

Sunday, February 13, 2011

TO ALL WHO TRY TO FIND LOVE

If you find yourself in love

With someone

And that someone does not love you

Be gentle to yourself

There is nothing wrong with you

Love just did not choose to rest in that someone’s heart


If you find someone

In love with you

And you cannot answer that love

Feel honoured that

Love came by and called on your door

But gently refuse the feeling you cannot return

As love did not choose to settle in your heart


If you find yourself in love with someone

And the love returned

It still can happen that love choose to leave

Do not try to reclaim it and do not assess any blame

Let it go

Despite the pain

There is a reason and meaning to this


You cannot choose love by yourself

LOVE CHOOSES YOU