Wahai hati.
Kadang kala pernah terdetik di hati gadis ini. Kenapa lah hati cuma ada satu?
Kadang2 gadis ini berharap supaya dapat dikurniakan banyak hati.
Supaya dapat menyayangi semua nya dengan adil. Tidak perlu memilih dan melukai .
Pada ketika gadis ini sudah mempunyai orang yang dia sayang.
Dan tiba2 si dia tersayang itu membuat satu kesilapan.
Muncul insan lain untuk membahagiakan gadis ini dan menyembuhkan yang terluka.
Senang betul hati ini berubah. Apabila yang tersayang ada kurang nya disitu. Insan yg lain melengkapi kekurangan itu dengan kelebihan yang dia ada.
Kedua2 nya sangat sempurna di mata gadis ini.
Si dia dapat menerima gadis ini seadanya. Baik buruk gadis ini. Semua nya tiada rahsia lagi bagi si dia itu. Dia lah insan yang sentiasa ada di susah dan senang gadis ini yang melayan si gadis ini ketika ingin bermanja,ingin mengadu dan semuanya.
Pada insan yang lain pula. Dia cukup mengambil berat terhadap gadis ini. Sentiasa menasihati atas perkara2 tertentu.Tahu melayan gadis ini dengan penuh romantis sehingga kan si gadis berasa seprti puteri raja apabila di samping nya. Dia tahu membuat kan si gadis berasa benar2 istimewa.
Tapi gadis ini masih runsing. Dia lebih rela terus hidup sendiri dari membuat apa2 pilihan kerana dia tidak mahu ada istilah kalah dan menang dalam diri kedua2 lelaki tersebut.
Gadis ini sanggup hidup sendiri mengorbankan rasa yang dia ada selagi tiada siapa yang merasa sedih atas penolakan si gadis. Si gadis cukup percaya pada jodoh. Kerana si gadis yakin. Jika macam mana berusaha sekalipun si gadis terhadap lelaki pujaan nya, jika tiada jodoh antara mereka.si gadis tetap akan terluka. Dan jika sejauh mana pun si gadis berlari,jika si dia adalah jodoh si gadis. Si gadis pasti akan bersama nya memeterai cinta dan membina masjid bersama si dia.
Ya..si gadis percaya pada jodoh. Insyaallah.
Pada si dia.maafkan si gadis. Si gadis tidak kuat untuk membuat apa2 pilihan kerana si gadis menganggap si dia tersangat lah baik. Si dia tidak layak untuk dilukai. Dan si gadis berharap supaya si dia dapat belajar menyayangi gadis lain. Kerana si gadis sedar si gadis bukan lah terbaik untuk si dia.