Sesungguhnya cantik dan perempuan memang tak dapat dipisahkan.. Sangat lah tak sesuai apabila cantik dikaitkan dengan rupa paras seorang lelaki.it feels awkward when people say to a guy “
u look pretty ”tapi untuk perempuan. Nak dapat kan gelaran dan pujian cantik dengan ikhlas memang agak susah.memang tak berapa susah untuk yang
sudah sedia kala cantik. Dilahirkan dengan kulit putih mulus. Tetapi agak sukar untuk yang dilahirkan kurang cantik. Mereka harus berusaha untuk kekal cantik. Dan sesetengah orang jika paras nya cantik,tetapi sikapnya tidak berapa sedap dipandang,tetap jugak tidak nampak cantik.
Contoh nya lah,bagi pendapat saya. Jika seseorang itu cantik,tidak mempunyai ilmu yang cukup seperti selalu mendapat keputusan yang corot dalam exam,jadi cantik tu tak berapa nampak di mata orang. Atau pun apabila seseorang itu cantik tapi kurang budi bahasa nya.”cantik tapi kurang ajar”
Jadi orang tak kan nampak cantik dari segi situ. Dari segi adab,orang akan mula perasan kecantikan seseorang itu.”budak tu baik,cantik pulak tu”.its all about attitude baby =P
Saya sendiri dulu pernah berangan untuk menjadi cantik dimata orang. Siapa yang tak teringin nak jadi cantik? Tanya lah mana2 perempuan pun. Semua pun nak kelihatan cantik. Bukan saja di mata lelaki,malah di mata perempuan lain jugak. Jangan fikir bukan2. Perempuan ingin menjadi cantik dimata perempuan adalah kerana mahu dicemburui atau dikagumi. Ingin berasa diperhatikan dan diidamkan oleh kaum adam. Kadang2 kita cemburu melihat perempuan yang cantik,cemburu dari segi positif.KITA NAK JADI MACAM DIA. Percayalah. Kita tak kan cemburu dengan seseorang itu kalau kita tak nak jadi macam dia dan tak dapat jadi macam dia.
Saya ingat lagi zaman sekolah dulu. Saya sangat lah selekeh. Orang lalu sebelah pon tak de yang sudi pandang. Saya ni cuma dianggap budak perempuan yang selekeh,buruk tak ubah macam ugly duckling. Pernah dengar tak tentang kisah seekor anak itik hitam yang akhirnya berubah menjadi angsa yang cantik. Tidak lah saya kata kan saya ni cantik sekarang. Tapi Alhamdulillah. Ada juga yang sudi memandang dan memuji. Nak dibandingkan saya yang dulu dan sekarang memang jauh beza.
Kecantikan perempuan sangat subjective. Bagi yang bertudung,mungkin dilihat dari fesyen nya bertudung,cara die menutup aurat dengan sempurna. Freehair macam saya kena lah rajin jaga rambut. Agak2 rambut rosak tu pergilah treatment. Hias kan dengan hairband,hairclips.
Untung nya jadi lelaki. Tak payah utamakan benda2 yang remeh sangat. Kadang2 ada yang shampoo je tanpa conditioner. Alasan tak nak rambut lembut. Haih macam tu pon ada. Ada yang shampoo seminggu sekali pon ada. Itulah untung nya jadi lelaki.
Perempuan kena jaga from head to toe. Macam perempuan kena rajin rias kuku. Lelaki?nak rias apa nya pon. Tapi untung juga jadi perempuan. Fikir dari segi positif,kalau muka tiba2 tumbuh jerawat,ada parut. Apa guna nya makeup kalau bukan untuk menutup semua cela tu? Tepek je bedak. Semua nya dah cover. Mission accomplish.
Lelaki nak tepek bedak banyak2 orang tengok semacam pulak kan. Untung nya jadi perempuan. Bibir gelap boleh pakai lipstick. Macam2 kaler ade. Tapi lelaki? boleh pakai lipbalm je nak lembabkan bibir. Itu pon kalau yang ada color sikit comfirm orang tegur “ko pakai lipstick ek?”
So bagi saya cantik ni sangat subjective. You should learn to love yourself before you want others to love you and be confident. Sebab sekurang2nya kita sebagai hamba sentiasa nampak cantik di mata allah swt...
Till then toodles~
Bisik2: Rasa nya inner beauty lagi penting sebab tu yang kekal selamanya kan?:D