Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang
perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki
itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan
itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang
mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki
tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal
perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan
menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila
perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki
tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia
tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya
terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri
keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki
tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya
mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan
perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari
kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila
berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila
perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya
kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana
kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang
kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun
perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di
hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi
degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh
mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan
itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia
menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi
selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia
kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar
menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan
pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan
perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling
memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu
diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu
satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa tenang bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan
tersendiri yang mungkin boleh pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup
anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada
kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi isteri pada anda,menantu pada ibubapa anda, dan juga ibu yang terbaik
untuk anak2 anda.