Ya Allah..
Seandainya telah engkau
catatkan…Dia milikku tercipta buatku..Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian antara
kami..Agar kemesraan ini kekal abadi..
Dan Ya Allah..Ya tuhan yang maha
mengasihi..Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan
abadi..
Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah engkau
takdirkan..Dia bukan milikku..Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari
ingatanku..Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang
maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..Melontar
bayangannya jauh ke dada langit..Hilang bersama senja nan merah..Agarku bisa
bahagia..Walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan Ya Allah Yang Tercinta..
Gantilah yang telah
hilang…Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..Walaupun tidak sama dengan
dirinya..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahlah aku dengan
takdirmu…Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..Adalah yang terbaik
buatku..Kerana engkau maha mengetahui..Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah..
Cukuplah engkau sahaja yang
menjadi pemeliharaku..Di Dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba Mu
yang daif ini..Jangan engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di
akhirat..Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang
pasangan yang beriman..Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan
hidup..Ke jalan yang engkau redhai..Dan kurniakanlah padaku keturunan yang
soleh..
Amin..Ya Rabbal A’lamin..
Sekuat mana kita setia..Sehebat
mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.Sekeras
mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima
dirinya.
Jika takdir ALLAH menentukan yg
kita bukan dgn dirinya,Kita tidak akan bersama dgnnya..
Jika Allah telah menulis jodoh
kita dgnnya,Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan
pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut
ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yg kebetulan melainkan
semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu
adalah ALLAH S.W.T ♥
Bisik2:YA ALLAH Jika dia yang
tebaik bagiku..bukakanlah hatiku untuk menerimanya..untuk mempercayai cinta
sekali lagi..Jika dia bukan Jodohku, berikan lah kami jalan yang terbaik untuk
berpisah agar tidak saling menyakiti..
betul betul betul... :')
ReplyDelete