Friday, December 17, 2010

NO!!WHY??NO!!!WHY???

Tidak!Kenapa semester ni sibuk sangat?Seriously banyak gila benda nak hadap.Sampaikan nak keluar dengan kawan2 pon x ada masa.every week pon ade assignment.Every subject pon ade homework.Hari2 pon ada kelas (owh bukan bermakna hari2 tu isnin sampai ahad tapi fikir logic tolong ye weekdays) Lect ni tak penat ke nak tanda2 kertas student nak hadap satu2.Buat susah dia je kan?Tidak!Kenapa sibuk sangat ni?Kenapa kenapa kenapa??

Tidak!Kenapa tengah2 bulan 12 ni orang lain tengah enjoy2 cuti student unisel lak tengah belajar?Kenapa?Yang paling tidak nya adalah fakta bahawa 2 minggu lagi saya bakal menamatkan zaman bujang say…err..Tak..Silap taip.Malas nak backspace..Ulang tayang semula.Yang paling tidak nya adalah fakta bahawa 2 minggu lagi umur saya bakal ada 2 di depan.Tidak!Ini bererti saya semakin tua.kenapa?

Macam tak percaya.tahun depan dah 20.Lepas tu tup tap tup tap(bukan bunyi kasut tapi bunyi mata pejam celik pejam celik) Umur dah 26 dah boleh kahwin.Haa gatal pulak cakap pasal kahwin..*giggle=P

Saya takut.Bila fikir balik apa yang bakal jadi dekat masa depan??Apa kerja saya??Macam mana hidup saya?Siapa suami saya??(again gatal)=P

Dan yang penting berjaya ke saya mengharungi segala onak dan cabaran(curi ayat samarinda) dalam hidup ni?Banyak betul persoalan..Semua nya coming soon bakal dijawap pada tahun 2040.(rasa2 umur 50 tahun dah boleh tahu dah berjaya ke tak hidup kot^^)

BOO TAK NAK TUA.. BOO UMUR 20 TAHUN..BOO….

P/S:thanks to kawan2 yang sudi mesej saya ajak saya keluar dinner or lunch bersama.harap maaf jika saya masih tidak dapat keluar bersama awak.saya cuba untuk mencari masa yang betul2 free untuk luangkan masa bersama awak.trust me I really do.Will wait for the days to meet u up my friends;D

Friday, November 12, 2010

SAYA BUKAN DARI PLANET NAMEK

Ramai orang yang bertanya saya ni asalnya dari mana?ada yang kata muka saya macam cina,korea...jepun...(err...okay fine terlebih suda..haha..)apa yang ingin saya katakan..saya langsung tak ada kena mengena dengan cina.darah ke keturunan ke.salah silah semua tak ada kena mengena dengan cina.jadi mana asal saya?saya asal dari perut ibu saya lah puan maimunah..(haha..okay jangan marah melawak bodoh boleh..hihi..)asal saya yang sebenarnya adalah dari tanah melayu a.k.a Malaysia..(okay tak lawak..boleh tepuk dahi kau sekarang sebab pembaca dah start annoying.O,o”)

Pernah dengar peranakan cina tak?okay apa bezanya peranakan cina dan cina?peranakan cina boleh dipanggil sebagai baba dan nyonya.saya berasal dari baba dan nyonya Melaka.bukan saya tetapi ibu saya..hehe.baba nyonya Melaka mengamalkan adat resam melayu,dan menggunakan bahasa hokkain sebagai bahasa utama.mereka hidup di perkampungan melayu jadi gaya hidup mereka lebih kepada melayu berbanding cina. Haha yang sengaja nak start boring macam karangan contoh UPSR ni kenapa..untuk maklumat lanjut boleh lah gunakan khidmat teman terbaik anda encik google.


Jadi saya rasa dari situlah saya dapat mata saya yang sepet ni.tapi tak berapa sepet sangat lah kan.hehe.sebab kalau ikutkan ini gambar akak saya.dia jauh lagi sepet dari saya.tak tengok bila dia tanggal tudung lagi dengan putih melepak nya sebijik macam cina.ingat lagi waktu kecik ayong kata saya anak angkat.yela mana tak nya saya sorang je yang sesat kulit gelap.sob..sob..tapi nak buat macam mana.saya ikut babah..oh ye saya rasa kan gambar babah time muda sebijik macam muka saya.tinggal muka saya potong rambut pendek .tapi babah saya tak jambu.Cuma muka saya ni yang muka jantan kot..bahahaXD

Selain daripada tu saya jugak ada keturunan banjar.bagi sesiapa yang tak tahu banjar tu apa.okay banjar tu dari Indonesia.macam jawa jugak lah.tapi saya tak adalah lah sampai pergi ke banjar.tak ada pon sedara mara kat sana.hehe.nenek belah perak iaitu emak kepada babah saya lah orang banjar.(paham x?)time kecik2 dulu nenek cakap laju gile.satu apa pon tak paham.nama je ada keturunan tapi saya langsung tak reti cakap banjar.ada jugak search2 kat facebook pasal banjar.eh ada jugak orang buat group.hehe boleh join ni^^ pastu tengok kat wall semua pakat cakap banjar.dah satu apa kau tak faham tercengang terus merajuk tak nak singgah page tu lagi=,=”

Oh ye satu perkataan banjar yang saya tahu “kulaan”.kulaan means saudara macam family..keluarga saya belah perak ni besar sangat.moyang saya bernama “HARMAINE” kahwin dengan 4 orang isteri.saya ni dari isteri yang ke-3.jadi saya dari moyang yang ke-3 la.time buat ala2 family day.masing2 pakai tag.isteri no1 kaler purple,no2 biru,3 pink dan 4 hijau.siap ada provide sticker kereta n motor lagi “KULAAN HARMAINE”.one day time pergi konvo ayong parking sebelah kereta Honda tiba2 terperasan ada sticker “kulaan harmaine” tunggu punya tunggu .sampai jugak orang nya..tapi tak kenal pon.haih.saudara tapi tak kenal.tu lah family besar sangat sampai kan budak umur 12 tahun kau kena panggil pak sedara..tok ngah kau sebaya ayah kau.macam mana???

Malay+banjar+peranakan cina=cici^^,


Monday, November 1, 2010

kadang2 pernah rasa "STUPID"


Siapa nak jadi bodoh angkat tangan?”...............”
Siapa nak jadi pandai angkat kaki?(ramai bersungguh2 angkat kaki)
Cuba kalau saya tanya korang suka angkat tangan ke kaki?
Comfirm2 korang nak angkat tangan je kan?

Kenapa?walau susah macam mana pon mesti orang akan pilih nak jadi pandai.
Anyway, berbalik kepada topik tadi..Takde topik pun sebenarnya..Anda tertipu.

Soalan saya:
pernah tak awak tiba2 rasa yang awak ni bodoh?

Ini bukan formspring ke hape yang korang nak kena tekan answer and jawap soalan pastu publish semua orang baca..BUKAN..orang lain tak tau pon korang penah rasa ke tak..but why don’t u ask yourself?pernah tak.

Okay fine if korang tak nak bagitau.
Biar i sorang je yang bagitau k?
Ye saya pernah rasa bodoh.
Bukan sekali bukan 2 kali tapi banyak kali..

Situation 1:
Bila kau misplace henfon kau n kau usaha bagai nak rak carik konon nak miskol n bila kau ingat balik....”oh shit nape la aku silent phone tu” macam mana nak cari sekarang???
Err...bodoh nya rasa..=,=”

Situation 2:
Bila kau macam menggelabah cari eh mana phone aku..alaa ilang pulak..tertinggal ke haa??rasa macam dah ambik tadi..pastu buat drama sebabak kecoh2 tanya kat kawan korang..paling annoying boleh ajak kawan kau lari2 anak kat tempat kejadian konon2 hilang n then....(telefon berbunyi)
Ehh dalam handbag..rasa macam dah cari tadi..bodo nye rasa=,=”

Situation 3:
Bila kau nak keluar jalan2 then kau dah siap letak barang yang kau nak bawak depan pintu konon takut lupa then kau dengan megah nya bawak kereta dan sampai tengah jalan..”errhhh barang aku tertinggal
Err..bodoh nya rasa..=,=”

Situation 4:
Bila kau dalam perjalanan balik kampung n kau lalu depan R&R tapi tak rasa nak nak ke toilet pon..then lepas terus kan perjalanan tak lama lepas tu perut kau meragam and kau kena pergi toilet dengan kadar yang segera..(dahh mana kau nak carik toilet tengah2 alam ni??)terpaksa tunggu lagi sejam sebab jalan jam n petrol palm yang terdekat pon jauh giler.
Err..bodoh nya rasa=,=”

Situation 5:
Bila kau konon2 esok kau free giler and nak duduk membulat kat rumah pastu kau pon berjaga malam sampai 7 pagi.(bajet nak tidur seharian la siang tu)then tiba2 mak kau ajak kau pergi shopping.(nak tidur sebab mata memang dah ngantok giler but if xpergi shopping xdapat nak pau mak kau..shopping tu...siapa tak nak)in the end terpaksa bersengkang mata waktu kau jalan2..
Err..bodonye rasa=,=”

Situation 6:
Bila kau tengah2 drive then tiba2 kau nampak jalan jam giler depan mata kau.and kau bajet pro nak ikut jalan lain konon short cut pastu kau sendiri sesat kemana2 tah dengan minyak yang cukup2 makan n smart tag yang sesak2 nafas..
Err..bodo nye rasa=,=”

Situation 7:
Bila kau dah bersiap2 paling wow la konon nye nak ke kelas pastu sampai2 kelas........kelas batal..
Err..bodo nye rasa=,=”

Situation 8:
Bila kau dah beriya tulis list panjang gila apa kau nak shopping then bila kau sampai mall list kau tertinggal.dah kalau otak cerdas selalu makan sayur takpe.ni otak sedang2 bak kata DR.M melayu mudah lupa.pastu kau macam usaha nak ingat tapi tak dapat.sia2 kau pergi mall tak ingat apa kau nak beli.
Err..bodo nye rasa=,=”

Situation 9:
Bila sekumpulan lelaki kacau2 kau yang tengah duduk sorang2.pastu kau konon2 nak elak bercakap dengan diorang kau pon dengan slumbernya keluar kan phone and konon2 bercakap dalam phone..pastu....(telefon berbunyi)”shitt..asal aku tak silent phone ni??”
Err..bodo nye rasa=,=”

Okay cukup la sampai 9..tak payah nak tunjuk kau bodoh sangat.ye memang tak baik kita kata diri ni bodoh.orang kata kalau selalu kata nanti bodoh betul2.tapi saya x kata saya bodoh ye.saya kata saya terasa bodoh.haha..ehh btw if korang pernah jugak rasa2 bodoh why don’t share it here bila yang korang rasa korang kurang bijak tu...hehehe..toodles;D

Saturday, October 9, 2010

RAIN OH RAIN

Okay ni bukan nak cerita pasal mamat korea yang hot ”nama saya rain” tu ye..iye..bukan yg berlakon full house tu(tu jela movie yg ko tau die belakon)

Tapi kan nak cerita pasal hujan..ye saya tahu yang tengah baca post ni mesti kata ”gile ape cakap pasal hujan mcm la aku xtau hujan tu mende
saya x cakap pon awak tak tahu dan saya tak la gila(emosi tiba2)



Tengah2 saya taip entri kali ni kan kat rumah saya tengah hujan.ye hujan yang sangat2 lebat.syukur xde bunyik guruh.saya takot guruh sikit.tapi kan teringat pulak waktu kecik2 ustaz ada pernah cerita kalau time guruh tu tanda nya allah swt tengah bunuh syaitan dia tembak2 syaitan sampai mati.tu yang x boleh duduk dalam toilet sebab setan suka menyorok dalam toilet..time hujan lebat jangan merayap2 time tu takut terkena tembak dengan petir..pastu ada lagi yang cakap time guruh jangan menjerit nanti bisu,pekak etc..haha macam2..

Tapi bila da besar macam ni fikir rasional nya yela..kan lebih baik buat benda berfaedah tengah2 hujan lebat guruh2 petih segala macam ni.macam baca al-quran tak pon selawat and berzikir ke..comfirm hati rasa tenang je takda takut2 da.(ni kes takot black out n takut jumpa benda2 yang tak patut)tak kesah la korang nak baca quran sebab apa asalkan korang masih ingat untuk cari and baca quran tu..(wah2 da macam ceramah agama da ni)

Berbalik pada keadaan sekarang..saya rasa bahagia sangat selepas 2791721027101 tahun tak hujan. (okay tipu =,=”)




Best nya!!benda yang selalu buat time hujan2 ni mesti mandi hujan..seronok sangat2 bila ingat time kecik2 dulu..tak sabar tunggu hujan mandi hujan ramai2 dengan kawan..pastu main bot kertas ingat lagi dulu jiran ada satu pokok yang daun dia macam bentuk sampan suka cabut2 pastu main lumba2 sampan siapa tenggelam dulu kalah..haa habis botak pokok pakcik tu and dia bising2 siapa cabut daun dia..sorang pon tak nak ngaku..tapi sebagai anak yang baik cici angkat tangan dan mengaku cici yang cabut(okay tipu..bahaha..jangan harap nak ngaku =P)

Tapi kan bila dah besar ni tak boleh dah nak mandi2 hujan apetah lagi nak menari dalam hujan.memang komfem kene aim kalau buat camtu ”gedik gila minah ni nak mandi hujan,tebiat ke hape,nak tarik perhatian la tu and so on"

Waaa rindu nya zaman budak2..nak jadi budak balik....nak nak nakkk~


p/s:isk isk…siap nampak macam hujan tu tengah lambai2 lagi panggil cici...=’(

Saturday, September 4, 2010

SOAL DAH JAWAP BERSAMA CICI

* Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab:
"Taklah tengah tunggu helikopter, lambat pulak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Nak pi mandi ke?"
Anda harus menjawab:
"Taklah nak pi main lelayang kejap, nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Anda harus menjawab:
"Oh ye ke? tak perasan ah...tangan ni bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Anda harus menjawab:
Dengan nada yg lembut " buta ke per? Kan tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya:
"Baru balik dari keje?"
Anda harus menjawab:
"Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh sibuk ke?"
Anda harus menjawab:
“eh taklah tengah free tu yang goyang kaki je dari tadi”

* Anda sedang menonton tv cerita melayu, rakan anda datang lalu bertanya:
"Eh cerita melayu ke?"
Anda harus menjawab:
"Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksasa dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar".


tak nak kena sepuk harap jangan gunakan bahasa ni dengan orang2 tua dan sewaktu dengan nya..sekian..;D

Thursday, August 19, 2010

NUKILAN HATI DARI SEORANG YANG DIGELAR SAHABAT

DULU..
Awak hadir dalam hidup saya sebagai seorang kawan..
Awak kata awak baru putus cinta..
Saya bagi kata2 semangat untuk awak teruskan hidup sebab saya sayangkan kawan2 saya..
Awak ajar saya tentang banyak benda yang saya tak tahu..
Awak ambil berat tentang saya dalam setiap benda..
Awak rajin telefon dan mesej saya tak kira masa..
Saya ingat lagi..
Dulu bila awak dah bersama dia semula..
Saya kurangkan jarak antara saya dan awak.
Sebab saya tak nak gf awak terasa hati dengan saya..
Tapi awak tetap juga rajin menghantar mesej dan telefon saya seperti dulu..
Awak tanya pada teman rapat saya “mana cici mghilang?nape lame x dgr pasal die?terasa hati kah dia?”
Tidak sama sekali..
Malah saya tumpang gembira awak bahagia.
Tapi bila awak hantar status “seperti hilang seorang teman dan sahabat”
Saya rasa saya tak perlu jauh kan diri dari awak..
Sebab awak masih lagi kawan saya seperti dulu..
Maka kita kawan seperti biasa..
Satu hari gf awak add saya.
Saya terima tanpa berfikir panjang..
Niat di hati mahu berkawan rapat juga dengan gf kawan saya supaya dapat elakkan salah faham yang akan timbul.
Tapi..
Satu hari awak hantar mesej pada saya..
Awak kata awak xdapat nak comment saya dekat wall atas sebab tertentu..dan awak kata awak harap saya xkan post apa2 dekat wall awak lagi..
Awak tak tahu betapa luluh hati saya ketika itu..
Apa salah saya?
Tidak sempurnakah saya sebagai seorang sahabat?
Saya tahu gf awak mesti tak mahu kita berkawan lagi.
Tidak terniat di hati nak mengambil awak dari dia..
Dari perkenalan sampai lah sekarang hanya kawan yang bermain dalam fikiran saya.
Saya terlalu sayangkan awak kerana awak memang kawan yang baik.
Tanyalah mana2 kawan saya.
Mana lebih saya pentingkan kawan atau boyfriend..
Tanyalah juga ex boyfriend saya sebelum ini macam mana saya orang nya.
Jika saya rasa kawan saya kawan yang baik maka saya tak perlu mendengar kata2 si dia supaya berhenti berkawan dengan nya..
Saya tahu batas seorang kawan..
Bukan mahu menyuruh awak tidak mendengar kata gf awak..
Tapi apa salah saya?
Selalu sahaja lalui benda seperti ini..
Salahkan lelaki dan perempuan berkawan?
Sedar tak bila single berderet kawan lelaki memenuhi wall..
Bila tukar in a relationship terus berapa kerat sahaja yang singgah di wall..
Jadi apa erti kawan pada kalian wahai kaum adam?
Tidak pernah saya lupakan kawan apabila sudah mempunyai kekasih hati.
Tidak pernah sekali2..
Tapi awak..
Dulu bila saya jauhkan diri kerana saya sedar awak mungkin macam lelaki lain yang lepas ada gf terus tak boleh berkawan..
Tapi bila awak terus menerus tanya mana saya menghilang..
Serba salah saya rasakan.
Lalu mengambil keputusan untuk terus semula berkawan dengan awak..
Dan kini awak pula yang memilih untuk menambah kan jarak dalam persahabatan kita..
Awak langsung tak ubah dengan lelaki2 yang saya pernah kenal.
Saya hanya perlukan awak sebagai kawan..
Dan jika coretan saya membuat sesiapa terasa..
Maafkan saya..
Hanya luahan dari hati untuk tatapan seseorang yang pernah bergelar “SAHABAT”


p/s:If you're going to make me cry, at least be there to wipe away the tears...

Saturday, August 14, 2010

I NEED YOUR FULLY ATTENTION


bladihell sumpah annoying gila babeng kan kalau kita dapat email subject macam ini. PASTU TERKEJUT BERUK(bukan terkejut bersama beruk=,=)TERUS BAGI ATTENTION SEPENUHNYA, INGAT DIA NAK BAGI DEATH NOTE KE HAPE=,=

Pada siapa2 yang pernah tengok cerita tentang anak kucing xada telinga berwarna biru.pasti anda tahu siapa yang saya maksudkan.ye betul..DORAEMON..7 markah untuk anda..(iye tapi kenapa perlu 7?sebab saya sangat suka no 7.kalau boleh saya nak buat exam kat dunia ni semua per 70 xpayah sampai 100..okay skrg semua boleh start panggil saya gila..=,=)

saya bukan nak cerita pasal nombor kegemaran saya.bukan juga tentang cara2 meng’sign up’ email.dan jauh sekali asal usul doraemon.anda boleh minta pak cik google meng’google’kan untuk anda.
Tetapi saya ingin cerita semua nya tentang kalau lah.
Tahu tak kalau lah?if..if n only if..

Kalau lah saya ada alat doraemon..xbanyak.tiga je..tiga sahaja..



Kalau lah saya ada pintu suka hati..saya nak pergi kemana pon saya suka.bayang kan kau bangun2 siap untuk ke kelas hanya perlu buka pintu dan terus sampai ke kelas.okay hari ini nak pergi paris..fiuuu~(bunyi sound effect terbang)terus sampai paris.cakap je mana kau nak pergi semua nya free of charge.xpayah bazir minyak,tol,masa.best gila kan??
Teruja weyh ada pintu pink ni.hohoho^o^

Kalau lah saya ada cermin pendua.pernah dengar tak?macam kau letak satu objek depan cermin pastu cermin tu akan keluar kan objek yang serupa dengan tu.haa ni boleh buat duit tu.macam kau beli satu beg LV.pastu kau duplicate banyak2 then jual.gila kaya kan?




Kalau lah saya ada mesin masa.saya boleh perbetulkan segala kesilapan saya dimasa lampau.saya boleh elak kan perkara2 buruk berlaku bukan sahaja pada saya dan insyaallah pada org lain(haa kau cakap insyaallah macam betul2 boleh dapat mesin masa ni)hehe;D
Tapi betul best.ada masa kita rindu kan masa yang lalu kita cuma perlu kembali ke masa yang lampau la.pastu baca paper apa yang terjadi hari ni.kita patah balik then tolong apa yang patut macam elak accident ke rompakan bank ke.serta merta jadi hero atau paling busuk kau akan di cop sebagai nenek tukang tilik yang boleh menilik masa depan..err=,=

Banyak kan benda2 best doraemon ada.kan best kalau betul2 wujud.saya nak 3 barang ni je.cukup la bawak bekalan dunia ni.

KALAU LAH KAN??


Friday, July 2, 2010

MALAYSIA DILANDA PENYAKIT YANG SERIUS!!!

Okay dah boleh longgar2 kan urat2 dikepala akibat kekerutan didahi anda yang datang dari tajuk entri saya(kerut dahi pon urat boleh tegang ke?? =,= )

Tapi ya.Memang Malaysia telah dilanda penyakit yang sangat serius.Bukan Malaysia sahaja.Bahkan seluruh dunia tengah demam bola sekarang.Dengan saya2 juga dah berjangkit yang entah dari siapa pembawa virus ini.Telah dengan tak semena2 minat bola yang amat sangat.Sentiasa mengikuti perkembangan bola baik dari surat khabar atau pon television.Sangat eksaited okay.

Kawan2 sudah pandai menegur “amboi ci kemain lagi skrg tau je psl bola”,”ci match ape ari ni?””ci,pemain german ada yang ensem2 x?”ahaha.Ye pasti lah.hehe.Harus diakui bukan skill yang dipandang oleh gadis yang menaip entri ini tapi rupa paras menjadi semangat untuk dia menyokong pasukan.ahaha.Okay tipu.Tak lah rupa semata.Saya masih lagi minat dengan corak perlawanan mereka.Cuma kadang2(tipu..selalu) bila camera zoom pada muka player comel+hensem+tough+style(okay enough cici) dengan automatic akan cakap “hensemmmmmnyeeeerrr”..ehehe(gelak malu).Lagi2 apabila pihak lawan ada player lagi hensem.Tiba2 hati memberontak(ecehceh tiba2 memberontak bagai) berbelah bahagi mahu sokong yang mana.hehe.

Dek kerana keterujaan untuk menonton bola maka tidak mengapa, marilah kita menempek bedak asas berbentuk cecair serta tepung gomak serta yeah you know what I mean serta pergi ke bistro (ceh bistro.. haha okay fine, mamak stall).


Portugal:Xsuka terkeluar.Jika gadis lain sibuk memuja2 RONALDO.Saya pulak memuja MIGUEL VELOSO.Walaupun xmain tapi dia hensem.Ronaldo pon kalah(okay nampak sangat kau tengok muka dari skill)ahaha..Tapi saat Portugal menang 7-0 tu memang terbaik.Tak boleh lupa =’)

England:Xkesah terkeluar.Kerana dari awal saya dah agak.England agak lemau kali ini.Entah mengapa.Mungkin kerana jurulatih nya tidak mahu tukar corak permainan walaupun sudah didesak oleh pemain2 nya atau kerana pemberontakan pemain untuk tukar pemain tidak dilayan oleh pengurus mereka maka mereka melaksanakan mogok.Jadi saya memang dah agak England takkan pergi jauh(haha ingat ahli nujum ke apa)

Japan:Xsokong pada mula nya tapi bila fikirkan satu2 nya wakil asia jadi harus sokong.Bermain hebat masih kekal kan 0-0 pada minit ke 90.Walaupun di beri tambahan masa masih lagi berakhir dengan 0-0.Dikalahkan oleh penalty yang disia2kan oleh Kamano.(tah kemano mano eh ekau tendang tu jang oi)Kekecewaan saya terbayang disitu.Suka apabila melihat Honda dengan slumbernya menendang bola dan wajah yang relax selepas berjaya menjaringkan goal penalty.Tetapi tetap jua kalah dengan 5-3 mata penalty.

Brazil:Owhh ini saya sangat teruja anda keluar.Harus berbangga dengan diri kerana rupa paras Kaka tidak mengganggu hati saya untuk menyokong Brazil.Saya tetap sokong Oranje..(sampai bergaduh2 dengan meja sebelah and anak tokey kedai)yang meja sebelah kata Holland punya player main busuk.Maka apabila player brazil terkena card merah dengan serta merta saya membalas :”busuk nya main sampai boleh kena kad merah,hehe”.bergaduh pula dengan anak tokey kedai yang sibuk menyokong brazil.everytime saya jerit “yes,yes” dia sibuk jerit “jangan,jangan”.Saya kata “goal,goal” dia kata “tak,tak”.Dah menang ni sorak sakan saya.Dengan bangga nya jalan mendada keluar dari kedai..ahaha

Netherlands:Sangat teruja menang tahu tak?Tahu tak?haa..Sebab saya memang mahu Brazil terkeluar.Kerana apa?Kerana terlalu ramai yang sokong Brazil and expect Brazil boleh menang.Okay maka saya ingin buktikan yang skuad Oranje boleh kalahkan Brazil.<3


Spain:Saya tidak harap si espana ni menang walaupon pada awalnya saya sokong Spain tetapi apabila dia berjaya menundukkan Portugal saya maka saya benci anda okay?Tidak terlalu benci kerana ada nya si comel VILLA di dalam pasukan Spain tapi tetap juga harap anda cepat2 terkeluar dan selamat maju jaya pulang ke negara anda..Sekian terima kasih..=)




German:Haa..Ini saya suka..Sangat2 okay?Anak2 ikan saya banyak disini.. Toni KROOS,Serdar TASCI,Philipp LAHM.Sila google it mereka.Muka sangat lah..Panas..hehe saya sayang LAHM saya walaupun beliau kecik molek tetapi beliau tetap lagi tinggi dari saya.Maka masih boleh dijadikan calon suami ya.(hehe gatai)

Argentina:apa dia??"argreatina"??ahaha.yes.ini saya sangat suka.sebab anak2 ikan saya dah berjaya bikin malu pada MARADONA.serve u right pacik DIEGO..ahaha..2 la dulu kemain lagi cakap MUELLER macam pemungut bola la.lepas tu time sidang media beriya2 xnak duduk sebelah MUELLER konon nanti jatuh taraf la boleh pulak tunggu sampai MUELLER balik baru nak join conference.jadi sekarang saya nak jerit kuat2 dekat muka anda "PADAN MUKA!!HOHOHO"(paham ke beliau kalau saya cakap melayu??err..T_T).tu la jangan suka cakap besar.lagi satu kalau dah kalah terima dengan hati terbuka, macam saya terima kekalahan portugal.spain deserve it.(baik kan saya cakap baik cepat..huhu)tengok si MUELLER yang anda kata pemungut bola tu la yang awal2 lagi minit ke 3 da buat awak x senang duduk kan wahai DIEGO?player argentina memang saya suka tapi sebab kan kata2 anda wahai DIEGO MARADONA maka saya tersangat2 lah anti argentina.maapkan kekasaran bahasa saya ye^o^(okay sekarang kira berapa banyak nama MUELLER..err..T_T)


p/s:okay saya taip panjang2 merapu raban ni ada orang baca ke??err (-,-“)

Sunday, June 27, 2010

PISANG BIKIN MALU

Persoalan saya:
Kenapa perempuan selalu dikaitkan dengan pasar?Asal pasar je perempuan..Asal perempuan je pasar..Kenapa bukan lelaki yang selalu pergi ke pasar membeli ikan atau sayur(ehem walaupun kadang kala babah selalu belikan untuk ibu juga)tapi jarang2 sekali lelaki dikaitkan dengan pergi pasar.Kalau perempuan cakap banyak sikit(okay tipu banyak sangat)mesti kata mulut riuh rendah macam dekat pasar.

Adakah kerana pangkal huruf perempuan dan pasar adalah “P” maka mereka dikaitkan bersama?macam mana jika saya tukar kepada English? Men and market..Sama jugak pangkal nya kan??ok2..chill..hehe..

Tapi ini bukan apa yang saya ingin ceritakan di entri saya pada kali ini.Saya ingin bercerita pengalaman saya baru2 ini di pasar.(err..org lain sibuk cerita pergi oversea kau pulak cerita ke pasar T_T)

Pada suatu pagi yang indah dan damai(tipu xdamai sgt dengan cuaca panas terik dan bunyi kereta lori lalu lalang T_T) hadir nya seorang gadis yang manis,berseri2,canti(err somebody stop me plz)..haha ok gurau sahaja xcantik pun..comel pon x..tapi manis tu ada(plz ckp ade plz plz plz)hehe..

Again.huhu..pada suatu pagi,saya dan ibu pergi ke pasar brinchang.Dimana??Search di google maps ya..hehe..Saja jalan2 sebelum check out.Act im on vacation with my family di Cameron.Tapi bukan pasal vacation yang saya mahu ceritakan disini.Tapi pasal pasar.Kenapa dengan pasar?Sebab ade pisang.Kenapa dengan pisang??



Err..berikut kisah saya:
Saya berjalan2 sambil mencari gerai yang menjual buah-buahan..teringin makan buah pula..hehe..maka saya pun bertanya pada abg penjual tersebut.

Sebuah perbualan:

Tukang beli pisang:
Awak ada pisang awak?
Tukang jual pisang :
Pisang saya?
Tukang beli pisang:
eh..tak bukan..PISANG AWAK la. Bukan pisang awak!
Tukang jual pisang:
pisang saya ke??
Tukang beli pisang: err..ish..xpela....(S A Y A M A L U U U U U)

grrr. Haha
Sengal sungguh abg tu..Main2 pulak dia..Kan saya dah malu sendiri..Bukan senang nak dapat buat saya malu..Dah la xdapat pisang.Dapat malu pula 2..huhu kesian saya kan??*cakap kesian cepat..huhu (-,-“)

Saturday, June 19, 2010

BULU DI KEPALA

Kenapa weh kenapaa?! (Ceh tiba-tiba menyoal-nyoal cenggini, belum cerita lagi dah nak emo T_T)
Last 15th june berbekalkan wang yang saya dapat hadiah dari ibu terchenta sebab dapat keputusan yang baik sem lepas pergi lah ke saloon dengan niat suci murni untuk memusing2kan rambut saya yang lurus ni dengan kata lain perm kan rambut saya(xpayah bayangkan pusing rambut yang bukan2 T_T)

Okay ini permanent punya.saya buat sebab bosan sangat rambut lurus.most of boys suruh rebon.most of girls suruh perm.tapi saya rasa saya mahu buat perm..muktamad.tiada titik noktah.(erkk..kalau da muktamad titik noktah la kan??fullstop..adeyh T_T)Berikut gamba2 sebelum dan selepas..hee..


Sebelum


Sila ikat tali topi keledar anda^o^



Pinjam kepala alien sebentar
Done by schwarzkopf professional:

Also got a gift from someone<3



Okay now sila baca ayat first saya.. Referring to “kenapa wehh kenapa
Kenapa rambut saya dah lurus balik??eyy..dat day hairstylish yang buat rambut saya tu terpaksa letak ubat 2 kali pada rambut saya disebabkan saya terlalu menjaga rambut..

tukang buat rambut:U rajin buat treatment ka??
tukang dibuat rambut:Xla..da lama xbuat..=,=
tukang buat rambut:U jaga meh u punya rambut?(ape punye soklan da mestila jage)

tukang dibuat rambut:
I rajin jaga rambut pkai minyak,intensive treatment cream,leave on contioner bagai(uhuk bagai 2 xla i ckp)
tukang buat rambut:Oh bila last u cuci rambut ha?
tukang dibuat rambut:Juz now...errr??
tukang buat rambut:Haiyaa..ini macam manyak susah la moi..rmbut u lembut susah maw bentuk.saya letak ubat lagi skali haa..tapi nnti rmbut u xperm sgt la dia lurus2 sket..

Kepada amoi tersebut:
Hello ini bukan lurus2 sikit2 tapi ini lurus banyak..rambut saya dah balik macam sedia kala..cett xberbaloi langsung menghabiskan duit buat perm..baik buat rebonding je xpon pergi shopping lagi puas hati...akibat nya saya sekarang cuma menggunakan curling tong sahaja..

Kesan curling tong:

Pakailah celak banyak mana, kalau dah sepet memang sepet..-_-


Sepak la~sepak la~bahahaXD

p/s:Kan bagus dari mula saya guna curling tong sahaja???T_T
Kerna kamu wahai perm:rambut saya xde kesan perm langsung..duit burn macam tu saje.makin kasar.tidak selembut dan selurus dulu..eyy..panas nye la hai hati saya..bladihell betol..waaaa~=’(

Thursday, June 17, 2010

BENG BUKAN BANG

Apa yang terlintas di fikiran bila dengar perkataan bank?

Ia bukan satu lagu yang selalu dinyanyi kan oleh lelaki cina yang comel bernama William hung yg bertajuk “she bang” walaupon bunyi ada dekat sama.
Ia juga bukan bunyi2 yang selalu disebut2 oleh para2 isteri dengan lemah gemalai nya apabila hendak meminta sesuatu dari suami mereka seperti “baaaaaanngggggg~”(sila bayangkan sound effect yg lemah gemalai skrg)

Tetapi ia disebut sebagai bank..bunyi nya adalah beng..walaupon kadang kala di berita pkl 8pm tiap2 mlm akan kedengaran bunyi “bank disebut sebagai bang”..tetapi dlm kehidupan seharian jarang sekali ada yang menyebut nya bang..why??coz its look weird..trust me..i know..bahaha~

Ada apa dengan bank??kenapa tajuk entri kali ini adalah mengenai bank?kerana saya tidak boleh masuk bank sorg2..dan kenapa pula xboleh?
Ini memang habit ok.

Bagi saya bank adalah 1 tempat yang sangat merbahaya.ada potensi utk perompak merompak bank lalu dtg kearah saya dan menjadikan saya tebusan.(suke bayangkan yg bukan2 T_T)
Haha nak buat mcm mana.saya mmg sejak zahir lagi suka bayang kan yang buruk2 sebab itu yang dapat buat kita berwaspada x gitu?ngee~

Ok ke laut..mula semula..saya tak boley masuk bank sorg2..bukan gedik bukan mengada bukan sengaja.tapi xboleh..saya takut la weyh..wuwuwu..walaupun dlm handbag saya cuma ada 7 ringgit itu pon saya tetap takut.sebab xke naya?duet ade 7ringgit tapi peragut siap ragut kita bantai kite macam dalam bag ada 7ribu ringgit..ish ish..xpatut betol kan?ingin sahaja saya mengantung card board di leher dengan pesanan “dalam beg saya ada RM7 shj xberbaloi pon nak curik laaa”..tapi percayakah mereka?kita bukan hidup zaman pak pandir.yang menanamkan emas nya didalam tanah utk sorokkan dari pencuri dengan menambah nota “disini tiada emas”..ahaha..mahu ke mereka percaya??

Oh ya!baru2 ni saya kena ke bank utk bayar registeration fees utk sem depan.nasib ada yang sudi teman..^0^

Tukang mintak teman:awak baya yuran bile ek?
Tukang teman:xtaw lagi..kenapa ci?ada apa2 ke?
Tukang mintak teman:owh oke2 ..xdek pape
Tukang teman:ci..kenapa?bg la taw
Tukang mintak teman:xdek la tnye je nk taw..
Tukang teman:owh..kalau da taw?kenapa?nk ikt?huhu
Tukang mintak teman:emm..xpela
Tukang teman:ci..ckpla.nape ni?mcm ada sumthing nk ckp..tp xlps nk ckp..mcm nk kentut..tp xboleh kentut..
Tukang mintak teman:ahaha...ha'ah taw2 je nk kentot..ci nk ckp ci nak kentot sbnrnye..2 je
Tukang teman:ci..ckpla...kenapa ni..kang org ckp apa yg org pk kang..ci mara lak org pk len..haa..bek ci cakap
Tukang mintak teman:haa..awak pk ape..
Tukang teman:yela..mana taw ci nk org teman ke..haa..erm
Tukang mintak teman:ci xtaw baya..sblm ni slalu kwn ci yg baya kan ci ekot je ci xpnah baya sndri..emm..
Tukang teman:emm..ey budak ni..apela..org da pesan dulu..KENE TAHU !erm..nk org teman ke?org aja eh nt
Tukang mintak teman:emm..da agak da kalo ckp msti kne mara..=,= xpela kalo susah an awak..ci uat sndri ti ci mntak tlg pak guard 2 aja kan..
Tukang teman:mengongla.org da ajk skali g 2 la..mane ada susahkan..ey..org nk tlg dia ni..nanti lain kali sng..boleh buat sendiri..ci en da besar..gud2 girl..hehehe

Bahaha~
Skali kene mengong da..nasib baik ade kawan saya sorg ni yang baik hati sudi nak teman..hehe nama terpaksa dirahsiakan ye..sbb kwn saya ni pemalu org nya..hehe..tapi sbnrnya saya memang malas nak belajar buat sendiri sebab apa..

1-saya xsuka semak kan otak saya dengan benda2 mcm ni(ahaha mcm byk sgt la 2 bnde nak pk..hang ingt hang PM ke cici?? T_T)

2-sbb kalau saya da pandai buat sendiri..nanti dah x ada siapa2 nak temankan saya.semuanya pun kene buat sendiri.macam kecik2 dulu bila konon nak tunjuk kat ibu anak dia da pandai lipat kain.basuh kain sendiri dengan niat nak dapat kan pujian terus tanggungjawap diletak kan dibahu sendiri..(haa pdn muka siapa suruh gatal2 lipat kain awal2 dulu..kan sekarang da jadik keje full time ko sendiri cici)hehe tapi x apa..dah besar pon kan memang patut pon kerja saya..umur pon dah boleh kawin..hehe gatai naa cakap pasal kawin..hehe..(gelak malu)

Conclusion nya saya x kan belajar buat benda itu.walaupun saya dah pandai dengan sendirinya nanti saya akan buat2 xpandai sebab saya x nak masuk bank sorg2..full stop..tlg siapa2 temankan la saya pergi bank apabila saya mahu ke bank..plz..plz..plz..hehe=P


p/s:sila beli insurans sebelum masuk bank.insurans itu bagos..hehe

Monday, June 7, 2010

EMAS DALAM MULUT

MEET THEM:
FROM LEFT:JIJI,AMIRUL,ME N EFY..
THE OMG'S


Saya suka menyanyi.Sangat enjoy apabila dapat melalak kuat2 sambil ikut iringan music.Tapi..Dengan kata lain saya suka karaoke.haha Masih segar lagi diingatan.Pertama kali berada dalam bilik karaoke.Amat berat untuk menyanyi.Even dipaksa2.Saya memilih untuk berdiam diri (mcm kata2 org yg kene tgkp bersalah..”saya memilih utk berdiam diri sehingga la lawyer sy sampai”ahaha)Tapi tetap tegar untuk tidak bukak mulut.

*wow “tegar” sungguh skema disitu..bahah..XD

Hehe..Selama ini hanya teman kawan2 bernyanyi sahaja..Untuk menyanyi bersama agak mustahil..Kenapa?Sebab saya ni pemalu orangnya.hehe..Walaupun mulut suke pok pek pok pek 24 jam.Tapi apabila sampai pada suruh bernyanyi depan ramai orang..Tiba2 jadi kaku.Menjadi sangat xkeruan.hehe.Jiji,Amirul n Effy.ye.Mereka la geng saya yang kuat karok.Kerana tiap kali keluar asyik suggest “karok jom,bile nak karok?,ehh rndu la nak karok”..Maka seorang insan yang bernama cici yang dahulu nya sangat berat buka mulut untuk menyanyi terpaksa la menyanyi juga.ahaha..Mula2 malu..Lama2 haaa lantak ko la nak kata suare aku mcm ape..hehe..Begitu la..Lama2 jadi enjoy..Malu pon hilang.Tapi tetap bila dengan org2 lain rasa malu masih menebal.Setebal bedak dimuka saya juga.Harus singkir rasa malu tu..syooh..syooh..Confident itu wajib..Gaya mutu keunggulan..wahceh!

Owh ye..Cuti2 ni teringin sangat nak pergi karaoke bersama sahabat sehidup xsemati my beloved jiji,effy n miyol..Tapi takut x mampu je..I mean my voice (ceh padahal suare mmg tahap nyanyi bilik air sorg2 je)ehem2..Tapi ni kan kes lain..Act saya baru baik demam masih lagi batok2..uhuk2(cepat bayangkan saya batuk sekarang)Semangat ni nak bagi bayang..hehe..Tapi betul la..Batuk ni x nak sembuh pulak beliau.Tadi sambil mandi konon2 menyanyi.Sambil buat gaya ala-ala tengah buat konsert besar..hehehe..(gelak malu)..Alaa macam cerita orang melayu dulu2 yang basuh kain tepi sungai berkemban sambil nyanyi2 tu..(tapi ape kene mengena?T_T)

Maka sekarang tengah menunggu masa kalau boleh gather kitorg berempat untuk pergi melaksanakan misi yang dah lama terbantut..hehe..Lama xenjoy macam muda mudi dulu..(waahh...gaya cakap mcm da tua beranak pinak bagai)huu..





p/s:sekarang saya pula yang suka paksa2 orang yang xsuka karaoke untuk karaoke bersama saya..pada siapa2 yang berkenaan..mereka tahu mereka lah orang itu;)

Saturday, June 5, 2010

NOBODY'S PERFECT

Okay kenapa bad habit bukan good habit??

Sbb selalunya good habit semua org pon sama..tapi bad habit tak ramai yang sama..

Jadi apa yang hendak dibualkan tentang bad habit??

Tiap2 orang harus ada bad habit masing2..bukan harus tapi mesti..sebab harus itu ada boleh xada pon boleh..tapi mesti adalah harus ada..jadi bukan harus tapi (omg somebody stop me pls)

Kenapa dinamakan bad habit?sebab benda ni memang susah nak elak..

Seperti bad habit biasa:

Gelak kuat2 macam kita sorang je boleh gelak..(that’s me)

Menangis tiap kali tengok cerita Hindustan..(err..ini kadang2)

Dan selanjut nya..

Okay pasal tajuk segmen dah ambil satu perenggan. Progress yang baik di situ.

Bad habit saya?Jangan la kata bad..Habit saya boley??

*sendiri buat tajuk bad habit pls la cici..T_T

Ape habit saya yang nyata??Biarlah saya list kan di sini ya?

1:tiap kali mandi akan buat semua nya 2 kali..sabun 2 kali..berus gigi 2 kali..syampoo 2 kali dan cuci muka 2 kali..kenapa harus 2 kali?entah la saya rasa diri saya akan bersih sebersih2 nya macam kereta yang baru lepas carwash apabila saya buat begitu..dan tambahan lagi saya suka no 2..macam mana kalau ada yang suka no 7??err..harus dipertimbangkan untuk sabun badan 7kali tiap mandi..(membazir air amalan syaitan)

2:sebelum tidur harus korek telinga..eskiusme,bukan saya banyak taik telinga..harap maklum ye..saya cuma suka main geli2 telinga..da kata habit..hahaha..

3:sangat suka main air..suka buat kerja2 rumah yang ada kait mengait bersalah silah rukun tetangga dengan air seperti basuh pinggan,cuci lantai,cuci tingkap dan basuh kereta..sangat suka okay!asalkan ada air=)

4:harus sikat rambut sebelum tidur..bukan harus tapi mesti..walaupon bila saya bangun keesokan pagi nya rambut saya akan sama seperti singa yang dah xmakan selama 10tahun..(10tahun da mati la singa tu T_T)tapi saya tetap mesti sikat rambut saya..

5:tabiat sebelum tidur lagi..saya mesti tengok jam pukol berapa sebelum saya lelap mata..sebab saya akan kira 6jam dari waktu itu..konon2 kalau tidur lambat pkol 7 pagi dengan harapan bangun pukol 1 walaupon selalu sahaja tidur terlajak dari masa yang ditetapkan..T_T

7:saya suka kicap..atau kicap suka saya..dua2 pon boleh..kecik2 dulu makan apa sahaja mesti ada kicap..maggi,laksa,mee kari,nasik especially..mesti ada..even dekat rumah orang kawin pon boleh suruh ibu mintak kicap dekat tuan rumah..at last ibu siap sediakan 1 botol kicap cap kipas udang dlm handbag untuk anak nya yang banyak songeh ni..(dah besar2 ni xada la buat perangai camtu lagi tp still balik rumah makan akan carik kicap dulu^o^)

Haha actually rasanya banyak lagi bad habit yang ada..tapi biarlah rahsia..iye la kalau dah tau semua nanti xadala lagi rahsia saya..xgitu??huu..

Tp xsemua bad habit itu bad..

Bad=terok

Jadi??apa yang dimaksudkan dengan x bad..

Iya la mcm xmemberi kesan negative sangat maka tidak dikategorikan dlm bad habit la..

Waaa saya sudah pening dengan statement sendiri~

p/s:harap maaf akibat ketidakpahaman tuan empunya blog terhadap kenyataan sendiri maka tuan empunya blog telah mengambil ikhtiar dengan menelan panadol soluble dan teros melelapkan mata beliau..=,=

(did u notice that i skip number 6?? ;P )

CAPITAL M

I gave you the purest of me..You asked me to trust you. See my love was real i guess yours was fake because i would have never do like that or pushed you away. You have no idea how much I have cried asking the god why my heart, why did you break me in half this pain that consumes me and won't let me think . Don't worry about saying sorry or you wish me the best.. Don't think that I will cry forever..I love myself too much ..But yes know this you hurt me soooo Damn much.
You knock on the door & seem so sincere. Slowly convince me to open the door. Eventually I allowed you into take a sit. You did not stay long..Disappearing as sudden as u've appear.I opened the door, allowing myself to be vulnerable, believing that you'll protect me & shelter me from reality, but instead, the one that I entrusted my heart & soul was the one that hurt me the most.

How come i never noticed, how come i couldn't see, that you were changing your mind, the way you felt about me.We could of worked it out..You tried to tell me nicely, but my heart just tore apart, as i let out a sigh. i held my tears i began to walk away, when people asked what happened, i had nothing else to say, except "ï wanna be alone, and i don't wanna talk," so i went around the corner, and went for a little walk. i decided to sit down, as i felt my eyes go red, i gazed at the floor, in my hands i held my head. The tears poured down my face, as i asked myself why,why did it happen, why did he lie. I didn't wanna believe it, yet i knew it was so true, that we were definitely over..

you're once a dream that came true,an illusion that turned to reality,but suddenly, things turned differently..the way they used to be.until such time i have no choice but to let you go ..

Friday, June 4, 2010

43 LIST GIRLS WISH GUYS WOULD KNEW




#1 When you break her heart, the pain never really goes away.
#2 When she misses you, she's hurting inside.

#3 When she says it's over, she
still wants you to be hers.
#4 When she walks away from you mad,
follow her.
#5 When she stares at your mouth,
kiss her.
#6 When she pushes or hits you,
grab her tight & don't let her go.
#7 When she starts cursing at you, kiss her and
tell her you love her.
#8 When she ignores you,
give her your attention.
#9 When she pulls away, pull her back.

#10 When you see her at her worst,
tell her she's beautiful.
#11 When you see her crying, just
hold her and don't say a word.
#12 When you see her walking, sneak up and
hug her waist from behind.
#13 When she's scared,
protect her.
#14 When she lays her head on your shoulder,
tilt her head up and kiss her.
#15 When she steals your favourite jacket, let her keep it and sleep with it for a night.

#16 When she teases you, tease her back and
make her laugh.
#17 When she doesn't answer for a long time, reassure her that everything is okay.

#18 When she looks at you with doubt,
back yourself up with the truth.
#19 When she says that she likes you, she really does more than you could understand.

#20 When she grabs your hands, hold hers and
play with her fingers.
#21 When she bumps into you, bump into her back and make her laugh.

#22 When she tells you a secret, keep it safe and untold.
#23 When she looks at you in your eyes,
don’t look away until she does.
#24 Stay on the phone with her even if she’s not saying anything.

#25
Don't let her have the last word.
#26 Don't call her sexy, but
adorable or beautiful is so much better.
#27 Say you love her more than she could ever love you.

#28 Argue that she is the
best girl ever.
#29 When she's mad, hug her tight and don't let go.

#30 When she says she's OK, don’t believe it, talk to
her about it, because
10 yrs later she'll still remember it.
#31 Call her at
12:00am on special occasions to tell her you love her.
#32
Call her before you sleep and after you wake up.
#33
Treat her like she's all that matters to you.
#34
Don't ignore her when she's out with you and your friends.
#35
Stay up all night with her when she's sick.
#36 Watch her
favorite movie with her or her favorite show even if you think its stupid.
#37 Let her into your world.

#38 Let her wear your clothes.
#39 When she's bored and sad,
hang out with her
#40
Let her know she's important.
#41 Kiss her in the pouring rain.

#42 When she runs up at you crying, the first thing you say is;
"Who's ass am I kicking today baby?"
#43 After SHE done this, SHE hopes one day you'd read it too


Wednesday, June 2, 2010

DIARY ATAU JOURNAL

Waahh lamanya tak bercakap tentang hari2 dalam hidup saya. You know, like a diary. Or a journal. Baiklah, saya ada satu tarikh untuk saya tuliskan (err..taip maksud saya)di sini, you know, like a diary. Or a journal. Hehe cukup annoying la cici. Okay, mari pilih tarikh 1 Mei hehe..

Ada apa dgn 1 mei??

Mengapa dan kenapa??

*bukan bende same ke?? T_T

Tanggal 1 mei tepat 12 mlm..ci telah berjaya meng’move on’kan diri ci dengan meninggalkan yang lama dan memulakan dengan yang baru..

Xpaham??

Maksud saya?

Iya2..sabar nak terangkan ni..

There’s one guy that suddenly dtg dlm hidup ci dan buat hidup ci mcm lip lap2 lampu kelip2..

*Ehh xseswai sbb die kjap padam kjap nyale..

X2..die mcm rainbow..Lps hujan..die dtg..Time ci bersedih dia akn sntiase sinari idop ci dgn warna2 yg dia ada..Mcm pelangi lah..

*ke laut lagi

Okay serius..ci da lama kenal dia..boleh kata sblm ci masuk unisel lagi.time akhir tahun 2008.tp sangat jarang contact.tak pon senang kata da setaun lost contact.

suddenly..tiba2..(annoying kan ayat ni??)T,T

oh come on..tolong la plz help (lagi annoying)=,=

okay serius.1 day this guy tegur ci kat fb.n i was like..

”-------------“ mcm ni ke tanda speechless??(tolong bayangkan skrg saya speechless)

N kitorang pon mcm chit chat then tukar number fon..

Act b4 this dia ada da no ci but sbb b4 this pkai maxis n suddenly tiba2(buat lagi annoying) beralih arah pada celcom..maka terlost contact la kami disebabkan kondisi henpon yg sedang demam maka number2 kawan lama semua pon hilang.

Maka this guy pon tanya la “u tuka number ek??xpkai da number maxis 2?

Saya dengan berkobar2 nya menaip mesra..

xla..i da tuka celcom u msj je no i ni k??O13-XXX XXXX ada bunyi mesra ke?? T_T

Dan kebetulan pula ktorg ni berjiran di unisel.Satu taman di taman ilmu.Cuma dia dudok belakang la jarak 2 baris gitu..tapi description dekat nya rumah kami ni jalan kaki pon xmengah sangat..hehe..dekat la juga kan??

Then 1 malam tgh2 nak hantar buku dekat coursemate yg dok umah belakang entah mcm mana tayar kete ci pecah..okay bukan entah mcm mana..tp saya langgar divider longkang..tetap bukan salah saya..jalan tu gelap okay dan kereta lain parking tepi jalan sampai jalan 2 hala pon jadi 1 hala..maka jalan jadi sempit.maka ci pon terlanggar la divider tu sebab jln gelap dan sempit..masih salah saya ke??

(okay cici..got it..tidak perlulah font size besar merah segala..)=,=

baiklah bak kata ibu

ibu:“kalau hati2 mesti tak langgar kan

maka....

cici:”------------- ini bukan speechless..ini tanda muka tgh buat muncong x puas ati.

tsk tsk *akur terhadap orang yang mengandungkan ci 9bulan.

Okay serius.then tgh2 nervous yang amat sangat sbb tayar yang mmg x boleh tolong da kemik habis..saya dengan automatic menekan butang contact..search..M..call..

Ci pon cerita la kat dia psl tayar kereta ci tu.n dia tanpa disuruh.

tukang tukar tayar:“nak i tgk kan x?mane taw i ley tlg

tukang pecah tayar:“ehh u taw ke tuka tayar?

tukang tukar tayar:laa..i blaja automotive kan dulu

tukang pecah tayar:owh ye lupe..tapi xsusahkan ke??”(haha ayat biasa)

tukang tukar tayar:xla..umah u no bape?i dtg skng

n then beliau pon dtg dan tlg tukar tayar kereta saya..beliau comel..malu2 sahaja time tukar tayar..tunduk sepanjang masa..selesai tukar beliau pon balik..then ktorg mcm start meet each other dinner sama2..rumah dekat kan??plus ci pon x ada siapa2 nak temankan..huu..

berbalik pada 1 mei..

setelah mengenal hati budi masing2 walaupon xhabes kenal lagi..asal ada minat hati terpaut pon cukup kan??

Maka tanggal 1 mei tepat 12 mlm dia pon approach ci..Sumpah comel..dan sgt kelakar..Sbb dia putih n bila malu muka teros berubah jadik pink even time malam pon boleh nampak muka dia yang pink.

Sebenarnya kan..ci rasa ci cuma nak bagitahu ci dah bersama seorang yang baru..setelah dilukakan dengan yang lama..tapi kenapa cerita meleret2 macam tulis essay spm je ni??haih..

p/s:btw 1 mei pon hari jadi dia jugak..dia kata saya hadiah hari jadi dia yang paling best..

*S A Y A S A N G A T T E R U J A;)

p/s:5th june..skrg kami hanya berkawan..kenapa??rasa lebih senang begitu..teman tapi mesra..ade jodoh xkemane kan??=)